Perbandingan Kosa Kata Dasar Bahasa Lengilo dengan Bahasa Lun Bawang di Ba’Kelalan, Lawas, Sarawak

Suku kaum Lengilo merupakan salah satu kaum peribumi minoriti yang menempati kawasan utara Sarawak, iaitu Ba’Kelalan dan Lawas. Sebagai asimilasi dengan kaum peribumi lain, kaum ini mengelaskan diri mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan Lun Bawang. Pengelasan ini mendorong kepada pendedahan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamidah, Abdul Wahab, Nur Ardini Jian, Abdullah @ Elmie, Su Hie, Ting
Format: Proceeding
Language:en
Published: Asian Scholars Network (Registration No: 002903215-H) 2025
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/49370/1/2025_Lengilo_KLICEET_Proceeding_KLICEET2025.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/49370/
https://asianscholarsnetwork.com/conference-proceedings/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Suku kaum Lengilo merupakan salah satu kaum peribumi minoriti yang menempati kawasan utara Sarawak, iaitu Ba’Kelalan dan Lawas. Sebagai asimilasi dengan kaum peribumi lain, kaum ini mengelaskan diri mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan Lun Bawang. Pengelasan ini mendorong kepada pendedahan kepada kesepaduan budaya, adat resam dan bahasa kaum Lun Bawang. Kajian ini membandingkan kosa kata dasar bahasa Lengilo dengan bahasa Lun Bawang, dan seterusnya menentukan tingkat kekerabatan antara kedua-dua bahasa ini. Data kajian ini dikumpul menerusi kajian lapangan di Ba’Kelalan dan Lawas, Sarawak. Temu bual dijalankan berdasarkan senarai 100 kosa kata Swadesh melibatkan 10 orang informan penutur natif, terdiri daripada lelaki dan perempuan berusia 56 hingga 68 tahun. Kaedah leksikostatistik digunakan untuk mengenal pasti peratusan kata berkognat, iaitu melibatkan persamaan dan perbezaan kosa kata bahasa-bahasa ini berasaskan jadual tingkat kekerabatan bahasa cadangan Gudschinsky (1964). Hasil kajian ini berupaya menunjukkan kesamaan atau kemiripan dari segi bentuk dan makna bagi bahasa-bahasa yang dibandingkan. Kajian ini juga menjelaskan status linguistik kedua-dua bahasa, iaitu hubungannya sama ada bersanak dalam keluarga bahasa yang sama.