Melestarikan Warisan Linguistik dan Budaya : Dokumentasi Istilah Etnobotani Komuniti Bisaya di Limbang, Sarawak.

Kajian ini memberi tumpuan kepada dokumentasi istilah etnobotani dalam kalangan komuniti Bisaya di Limbang, Sarawak. Komuniti ini mempunyai pengetahuan tradisional berkaitan penggunaan tumbuhan dalam perubatan, makanan dan ritual budaya. Namun, perubahan gaya hidup dan kemerosotan penguasaan bahasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dilah, Tuah, Chong, Shin
Format: Proceeding
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/48470/1/Slides%20Etnobotani%20Bisaya%20UNIMAS%202025%20UM.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/48470/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi tumpuan kepada dokumentasi istilah etnobotani dalam kalangan komuniti Bisaya di Limbang, Sarawak. Komuniti ini mempunyai pengetahuan tradisional berkaitan penggunaan tumbuhan dalam perubatan, makanan dan ritual budaya. Namun, perubahan gaya hidup dan kemerosotan penguasaan bahasa ibunda telah menyebabkan istilah-istilah ini semakin terpinggir. Dengan pendekatan etnolinguistik dan metodologi kualitatif, penyelidikan ini mengenal pasti serta menganalisis beberapa istilah utama yang mengandungi nilai budaya dan makna linguistik. Kajian mendapati wujudnya pola linguistik seperti reduplikasi, simbolisme gender dan metafora alam dalam istilah tersebut. Hasil ini memberi asas kepada pembangunan glosari dan pangkalan data warisan linguistik bagi tujuan pemuliharaan dan pendidikan generasi akan datang.