Seni Helah dan Perbahasan Belanjawan 2024 : Analisis Pragmatik = The Art of Evasion and 2024 Budget’s Debate : Pragmatic Analysis
Integriti pentadbiran mana-mana kerajaan sebahagian besar terletak pada dasar kewangan yang relevan dan jelas seperti, Rancangan Jangka Pendek atau Belanjawan Tahunan. Secara periodikal, Belanjawan Tahunan sebagai komponen terpenting wacana Parlimen, akan dibentang untuk dibahas, sama ada disokong a...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Research and Library Division, Parliament of Malaysia.
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48421/1/Seni%20Helah.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/48421/ https://journalmp.parlimen.gov.my/jurnal/index.php/jmp/article/view/133 https://doi.org/10.54313/journalmp.v4i.133 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Integriti pentadbiran mana-mana kerajaan sebahagian besar terletak pada dasar kewangan yang relevan dan jelas seperti, Rancangan Jangka Pendek atau Belanjawan Tahunan. Secara periodikal, Belanjawan Tahunan sebagai komponen terpenting wacana Parlimen, akan dibentang untuk dibahas, sama ada disokong atau dikritik di kedua-dua Dewan Perwakilan. Pastinya, perbahasan dan perdebatan berlaku mengkehendaki
ahli-ahli politik menguasai seni beretorik, analitikal serta inferensional untuk menguasai dinamika legitimasi politik. Untuk itu, dokumen penting iaitu Penyata Rasmi adalah sumber subtansial, merekodkan strategi dan seni Bahasa Berhelah semasa mempertikai-mempertahankan dasar, memainkan-meredakan isu, memperkuat-meruntuhkan imej yang menjadi penentu kepada integriti legitimasi Kerajaan mahupun Pembangkang. Walau bagaimanapun kajian korpus Penyata Rasmi pada topik Respons Berhelah sebelum ini hanya tertumpu kepada bentuk
perbahasan struktural. Oleh sebab itu, tiga model Pragmatik digunakan iaitu Framework of Respons Harris (1991), Notion of Implicator Thomas (1995) dan Dimension of Resistance Claymen (2012). Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis sesi perbahasan yang lebih kompleks, intens dan natural iaitu dengan mengambil data perbahasan dasar Belanjawan 2024. Dapatan menemukan bahawa ketiga-tiga jenis Respons ada beberapa fitur distingtif dan pemilihan ketiga-tiganya berkadaran kepada skala impak atas imej Kerajaan-Pembangkang. Selain itu, menambat kepada pelanggaran maksim-maksim Grice (1975) konfigurasi lakuan Bahasa Berhelah lebih mudah didefinitif serta dijustifikasikan. Terakhir, latar
perbahasan peringkat dasar lebih heterogenous lantas memperkayakan performatif Bahasa Berhelah. |
|---|
