SAGU : Mutiara Tellian
Prakata Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami dapat menulis buku yang bertajuk Sagu: Mutiara Tellian ini. Buku ini dapat menjadi sumber rujukan kepada pembaca terutama kepada mereka yang ingin melakukan penyelidikan tidak mengira lapisan umur. Hasil penerbitan ini bukan sahaja bermanfaat k...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Book |
| Language: | en |
| Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48246/1/SAGU%20Mutiara%20Tellian.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/48246/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Prakata
Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami dapat menulis buku yang bertajuk Sagu: Mutiara Tellian ini. Buku ini dapat menjadi sumber rujukan kepada pembaca terutama kepada mereka yang ingin melakukan penyelidikan tidak mengira lapisan umur. Hasil penerbitan ini bukan sahaja bermanfaat kepada masyarakat di Mukah sendiri, malah di seluruh Sarawak dan Malaysia, bahkan dunia luar tentang peri pentingnya Mukah yang majoritinya didiami oleh Kaum Melanau yang kaya dengan adat-resam, amalan kepercayaan turun-temurun, sosio budaya dan kegiatan ekonomi yang unik dan mempesonakan bagi dikongsi dengan khalayak umum.
Buku ini merupakan hasil daripada kerja lapangan dalam bidang etnografi yang dilakukan di Kampung Tellian dan juga Kampung Tutus Hilir, Mukah. Setiap butiran dirakam dengan terperinci menerusi kaedah fotografi, videografi dan lakaran semasa proses temuramah dan kerja lapangan dijalankan. Hasilnya, masyarakat juga dapat memahami dengan lebih dekat mengenai sistem ekologi serta alam semulajadi yang menumpukan pokok rumbia sebagai sumber penghasilan tepung lemantak sekaligus pengeluaran sagu dan tebaloi yang terkenal di Tellian dengan menghayati setiap visual yang dilampirkan.
Setiap proses daripada penebangan pokok dan pantang-larangnya sehingga pemprosesan tepung lemantak dan sagu secara tradisional yang masih dikekalkan sehingga sekarang. Termasuklah perkakasan dan peralatan yang dibuat kebanyakannya daripada pokok rumbia dan hasil hutan yang terdapat di Sarawak seperti kayu pokok belian. Selain itu, visual sekitar Kampung Tellian dan masyarakat pelbagai generasi juga dikongsikan. Pemandangan kampung yang indah dan majoritinya membina penempatan di tebingan Sungai Tillian kerana ia menjadi sumber air pada ketika itu dan sumber utama dalam penghasilan tepung lemantak dan sagu. Sepanjang Sungai Tellian terdapat batang pokok rumbia yang telah dipotong dan direndam dalam sungai. Terdapat juga reka bentuk rumah tradisional Kaum Melanau yang masih dikekalkan di Kampung Tellian.
Penerangan daripada penulisan ini juga hasil daripada temuramah dengan penduduk kampung yang pakar dalam adat, budaya, perubatan dan segala pantang larang yang menjadi teras kehidupan daripada generasi terdahulu, yang memberi sumbangan dan pemahaman tentang amalan tradisional masyarakat Melanau di sana. Walaupun amalan seperti perubatan tradisional dan pengebumian melalui dakan, bebayoh, kubur gantung dan jerunai tidak lagi dipraktikkan, namun amalan-amalan ini masih diingati sehingga sekarang bukan sahaja masyarakat Melanau bahkan semua masyarakat di Sarawak. Peninggalan kubur gantung dan jerunai masih dapat dilihat kerana ia masih dikekalkan di Kampung Tellian. Terdapat juga adat, budaya dan warisan seperti adat pertunangan, persandingan dan bermukun yang masih dikekalkan kerana dilihat masih relevan dan tidak bercanggah dengan mana-mana agama. Kesemua butiran penulisan buku ini disokong dengan gambar-gambar yang menarik dan juga beberapa lakaran daripada para pelajar untuk tatapan pembaca.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Kampung Tellian, Mukah atas kerjasama dan sambutan yang sangat baik ketika kami berkunjung di sana sejak tahun 1996, 2011 dan 2016. Kepada para pelajar kursus GKV3195 Etnografi Visual (2011), kerjasama anda semua dalam melaksanakan penyelidikan di Kampung Tellian ini dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi ini amat kami hargai. Terima kasih tidak terhingga juga kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak kerana sentiasa memberi peluang dan galakan untuk menulis buku ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan khas kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kami yang sentiasa menyokong dan mendorong kami sehingga terhasilnya buku ini. Tanpa doa dan kasih sayang kalian, kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan buku Sagu: Mutiara Tellian tidak dapat dilaksanakan dengan mudah.
ANUAR AYOB
ASLINA MOHD JAINAL
ZULKALNAIN ZAINAL ABIDIN
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif,
Universiti Malaysia Sarawak |
|---|
