Penggunaan dan Sikap Terhadap Bahasa Ibunda : Satu Penelitian Terhadap Dialek Melayu Sarawak

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang juga bahasa rasmi negara Malaysia. Namun begitu, sepertimana bahasa utama lain di dunia, bahasa Melayu itu juga mempunyai dialek-dialek Melayu tersendiri Apakah interaksi yang biasanya dilakukan dalam bahasa Melayu standard dan apakah interaksi yang bia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dayang Theria Ateinza, Awang Mazlan, Rosnah, Mustafa
Format: Article
Language:en
Published: UNIMAS Publisher 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/47853/3/Penggunaan%20dan%20Sikap.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/47853/
https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/TUR/article/view/7317
https://doi.org/10.33736/tur.v7i2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang juga bahasa rasmi negara Malaysia. Namun begitu, sepertimana bahasa utama lain di dunia, bahasa Melayu itu juga mempunyai dialek-dialek Melayu tersendiri Apakah interaksi yang biasanya dilakukan dalam bahasa Melayu standard dan apakah interaksi yang biasanya dilakukan dalam dialek Melayu? Kajian ini memfokus kepada dialek Melayu Sarawak (DMS) dan bertujuan mengkaji penggunaan dan sikap terhadap DMS dalam kalangan penutur natif di sebuah institusi pengajian tinggi awam negara dengan memfokus kepada tiga domain, iaitu domain keluarga, domain pendidikan dan domain persahabatan. Data dikutip menggunakan soal selidik dan seramai 80 orang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan walaupun terdapat bahasa lain digunakan, namun kekerapan pemilihan penggunaan DMS adalah sangat tinggi dalam dua domain informal, iaitu domain keluarga dan domain persahabatan Dalam domain pendidikan pula, bahasa Melayu standard dan bahasa Inggeris menunjukkan kekerapan penggunaan yang lebih tinggi. Walaupun tahap penggunaan adalah berbeza antara ketiga-tiga domain ini, namun dari segi sikap terhadap DMS, majoriti responden kajian juga menzahirkan sikap yang sangat positif terhadap DMS kerana ia disifatkan sebagai cerminan identiti dan jati diri anak Sarawak