KESAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE ATAS KOMITMEN ORGANISASI : PENDEKATAN PEMODELAN PERSAMAAN STRUKTURAL

Kajian ini mengkaji kesan kepimpinan instruksional guru besar ke atas komitmen guru di sekolah-sekolah Sarawak. Kepimpinan instruksional mempunyai tiga dimensi iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksional dan menggalakkan iklim sekolah yang positif. Seramai 899 guru sekolah ren...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Cammellia, Othman, Abdul Halim, Busari, Syahrul Nizam, Junaini
Format: Article
Language:en
Published: GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/47662/1/KESAN%20KEPIMPINAN.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/47662/
https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/4242
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengkaji kesan kepimpinan instruksional guru besar ke atas komitmen guru di sekolah-sekolah Sarawak. Kepimpinan instruksional mempunyai tiga dimensi iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksional dan menggalakkan iklim sekolah yang positif. Seramai 899 guru sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul secara dalam talian melalui Google Forms. Soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) oleh Philip Hallinger (2000) digunakan untuk mengukur kepimpinan instruksional guru besar, manakala soal selidik Three Component Model Employee Commitment Survey (TCM-ECS) oleh Meyer dan Allen (2004) digunakan untuk menilai komitmen guru. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, dengan analisis deskriptif menggunakan IBM Statistical Packages for the Social Sciences 2.7 (SPSS) dan analisis inferensi menggunakan Partial Least Squares-Structural Equation Modelling (PLSSEM). Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepimpinan instruksional adalah tinggi untuk semua dimensi. Dapatan juga mendapati terdapat kesan yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan komitmen organisasi guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menghasilkan model untuk menunjukkan sumbangan kepimpinan instruksional guru besar terhadap komitmen organisasi guru. Dari segi implikasinya, Kajian ini menyumbang kepada perkembangan ilmu, penambahbaikan amalan, dan pembentukan dasar.