MAHASISWA, SLANGA, PEMBENTANGAN KUMPULAN BERBAHASA MELAYU DAN PRAGMATIK (TEORI RELEVANS) : University Students, Slang, Malay Language Group Presentations, and Pragmatics (Relevance Theory)
Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
UPSI Press
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/47070/1/1%20%281%29-1.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/47070/ https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/9734 https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.2.1.2024 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini
terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal mengenai penggunaan slanga
dalam pembentangan kumpulan berbahasa Melayu, menganalisis impak penggunaan slanga dalam pembentangan
tersebut serta merumuskan cadangan dan langkah bagi mahasiswa universiti teknikal dalam menggunakan slanga
dalam pembentangan tugasan kumpulan berbahasa Melayu. Perbincangan kajian ini turut mengaplikasikan
pendekatan pragmatik, iaitu Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Dari sudut metodologi, kajian ini
berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert
dari 1 hingga 5 dan pilihan jawapan “ya” atau “tidak”. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan pilihan responden dipilih secara rawak, melibatkan jumlah
keseluruhan 510 mahasiswa. Data dikumpul secara dalam talian melalui platform “Google Forms” dan dianalisis
menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati, majoriti responden bersetuju bahawa slanga sering
digunakan oleh mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam pembentangan berbahasa
Melayu. Mereka percaya penggunaan slanga boleh mempengaruhi pemahaman audiens serta memberi impak
positif kepada gaya dan keberkesanan pembentangan. Responden juga menekankan bahawa, pensyarah perlu
memberi perhatian serius terhadap penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan dalam bahasa Melayu.
Kesimpulannya, menurut Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986), penggunaan slanga memudahkan komunikasi
dengan mengurangkan usaha pemprosesan pendengar. Namun begitu, dalam konteks akademik, penggunaan
bahasa formal tanpa slanga lebih relevan kerana mengurangkan risiko salah faham dan memastikan kejelasan
maklumat. |
|---|
