Penglibatan Golongan Belia dan Cadangan dalam Mengurangkan Kegiatan Mat Rempit

Kegiatan mat rempit atau merempit boleh di katakan sebagai salah satu yang menyumbang kepada masalah sosial dari kalangan belia pada masa kini. Tiga objektif kajian yang ingin dikaji iaitu untuk mengenalpasti faktor belia terjebak dengan kegiatan mat rempit, mengetahui kesan penglibatan belia dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Khairul Najmi, Nasir, Athirah, Azhar
Format: Article
Language:en
Published: UNIMAS Publisher 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45114/4/Penglibatan%20Golongan%20Belia%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45114/
https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/TUR/article/view/5753
https://doi.org/10.33736/tur.5753.2024
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kegiatan mat rempit atau merempit boleh di katakan sebagai salah satu yang menyumbang kepada masalah sosial dari kalangan belia pada masa kini. Tiga objektif kajian yang ingin dikaji iaitu untuk mengenalpasti faktor belia terjebak dengan kegiatan mat rempit, mengetahui kesan penglibatan belia dalam kegiatan mat rempit, dan mencadangkan langkah bagi mengurangkan kegiatan mat rempit dalam kalangan belia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual lima orang responden daripada Senawang, Negeri Sembilan sebagai kajian kes. Persampelan bertujuan digunakan untuk kajian ini. Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang menyebabkan belia terjebak dengan kegiatan mat rempit di sebabkan oleh pengaruh rakan sebaya, pengaruh sosial media, pengaruh wang ringgit, dan minat kendiri dalam dunia permotoran. Faktor-faktor ini telah memberi kesan terhadap mat rempit seperti terlibat dengan kemalangan jalan raya, terjebak dalam masalah sosial yang lebih serius serta pembaziran wang yang berlebihan. Oleh itu, belia mencadangkan supaya mewujudkan lebih banyak litar awam, mengadakan operasi di malam minggu dan menggubal syarat kelayakan umur untuk mendapatkan lesen motorsikal. Kesimpulannya, operasi penangkapan mat rempit yang kerap dijalankan sehaja tidak dapat mengurangkan kegiatan mat rempit malah, kempen kesedaran yang berkaitan juga perlu dilaksanakan dari peringkat sekolah rendah dengan penglibatan ibubapa.