IDENTITI MENERUSI MEDIA SOSIAL: KONSTRUKSI, KONTEKS DAN HUBUNGANNYA DENGAN ASPEK PENGETAHUAN

Media sosial membolehkan individu mewujudkan identiti dalam talian yang memaparkan identiti pilihan mereka. Identiti dalam talian membenarkan individu berinteraksi dengan semua lapisan termasuk orang yang tidak dikenali. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa individu mengkonstruk identiti dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamilah, Maliki, Normah, Mustaffa, Mohd Nor Shahizan, Ali, Mus Chairil, Samani
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Malaysia Sabah 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/40252/2/IDENTITI%20MENERUSI%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/40252/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/issue/view/338
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Media sosial membolehkan individu mewujudkan identiti dalam talian yang memaparkan identiti pilihan mereka. Identiti dalam talian membenarkan individu berinteraksi dengan semua lapisan termasuk orang yang tidak dikenali. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa individu mengkonstruk identiti dalam talian yang berbeza untuk memenuhi interaksi sosial yang berbeza. Kajian ini dijalankan untuk menyelidik hubungan antara keupayaan pengetahuan individu dengan konstruksi identiti dalam talian dalam kalangan pengguna media sosial. Facebook telah dipilih sebagai bahan kajian memandangkan ia mempunyai jumlah pengguna laman sosial terbesar dalam kalangan penuntut di institusi pengajian tinggi serta merupakan media sosial yang paling popular dalam kalangan golongan muda. Tinjauan telah dijalankan terhadap 391 responden yang merupakan pengguna aktif Facebook. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pengetahuan dengan konstruksi tiga jenis identiti dalam talian. Set pengetahuan yang berbeza digunakan oleh pengguna-pengguna Facebook untuk mengkonstruk identiti dalam talian seperti identiti sebenar, identiti unggul dan identiti samaran. Justeru, kajian ini mengesahkan peranan pengetahuan dalam mempengaruhi konstruksi identiti dalam talian bagi ketiga-tiga identiti yang dikenal pasti.