Impak pembukaan jajaran Sematan-Telok Melano ke atas sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat di Telok Melano
Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan sebuah projek mega yang mula dilaksanakan pada tahun 2015, di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Jajaran lebuh raya ini bermula dari Tawau (Sabah) hingga ke Telok Melano (Sarawak). Kini jajaran untuk bahagian Sematan-Telok Melano telah pun dibuka pada Januari 2...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
UKM Publisher
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/40242/1/Impak%20pembukaan%20jajaran%20Sematan-Telok%20Melano.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/40242/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/49589 https://doi.org/10.17576/geo-2022-1801-06 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan sebuah projek mega yang mula dilaksanakan pada
tahun 2015, di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Jajaran lebuh raya ini bermula dari Tawau
(Sabah) hingga ke Telok Melano (Sarawak). Kini jajaran untuk bahagian Sematan-Telok Melano
telah pun dibuka pada Januari 2019. Makalah ini tertumpu pada menganalisis impak pembukaan
jajaran tersebut kepada aspek sosiobudaya dan sosioekonomi penduduk di Telok Melano. Tinjauan
pustaka mendapati bahawa Telok Melano asalnya merupakan sebuah enklaf terasing dan kajiankajian lepas hanya melaporkan keadaan sosioekonomi dan masyarakat sebelum tahun 2019.
Susulan pembukaan jajaran baharu ini, masyarakat tempatan mula berinteraksi secara aktif dengan
luar dan sektor ekopelancongan semakin berkembang. Namun demikian, belum ada kajian ilmiah
terkini yang menjurus pada perubahan-perubahan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah
wawancara dan pemerhatian ikut serta untuk memperoleh data kualitatif. Seramai 20 orang
responden telah diwawancarai untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati
bahawa pembukaan jajaran ini telah mempertingkatkan infrastruktur asas terutamanya bekalan
elektrik dan air, serta sekaligus membangunkan industri ekopelancongan di kawasan Telok
Melano. Dalilnya dapat ditinjau pada kajian kes ke atas program perusahaan inap desa di kawasan
ini. Sesungguhnya, perusahaan ini telah mengalami transformasi yang drastik dengan kemudahan
asas ini. Dari segi impak ke atas sosiobudaya, kajian ini mendapati bahawa isu keterhakisan
budaya adalah suatu fenomena yang berterusan dan telahpun berlaku sebelum adanya jajaran
baharu ini. Namun demikian, selepas pembukaan jajaran ini, proses keterhakisan bertambah
rancak dan cepat. Secara ringkas, kajian ini telah berjaya merungkai tahap awal perubahan
sosioekonomi dan sosiobudaya masyarakat Telok Melano selepas jalan darat baharu ini siap
dibina. |
|---|
