Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam di Kuching, Sarawak

Bahasa Melayu yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam perundangan negara. Penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam pelbagai konteks kebahasaan sememangnya dituntut, sejajar dengan status dan kedudukannya sebagai bahasa inklu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Robiah, Meor Osman, Hamidah, Abdul Wahab, Remmy, Gedat, Rosnah, Mustafa, Siti Marina, Kamil, Rusmadi, Baharuddin
Format: Proceeding
Language:en
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/37154/1/Hamidah.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/37154/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Melayu yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam perundangan negara. Penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam pelbagai konteks kebahasaan sememangnya dituntut, sejajar dengan status dan kedudukannya sebagai bahasa inklusif. Sehubungan itu, kajian ini meneliti tahap penggunaan bahasa kebangsaan (BK) di papan-papan tanda premis perniagaan, kain rentang dan gegantung di dua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kajian ini juga memanfaatkan maklum balas daripada 531 orang responden menerusi soal selidik menggunakan Google Form yang terdiri daripada lima aspek, iaitu (i) penguatkuasaan; (ii) kesetiaan bahasa; (iii) kebanggaan bahasa; (iv) norma bahasa; dan (v) iltizam (hasrat/harapan). Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan BK bagi kedua-dua PBT, iaitu DBKU dan MBKS bagi kategori premis perniagaan, kain rentang dan gegantung adalah rendah dan kurang memuaskan. Dari segi sikap masyarakat terhadap BK, dapatan menunjukkan kebanyakan responden menyokong pemartabatan BK dalam paparan awam menerusi kelima-lima aspek yang diteliti. Hal ini jelas menunjukkan bahawa responden daripada pelbagai bangsa dan lapisan umur mempunyai persetujuan yang tinggi terhadap kepentingan memartabatkan BK di Bandaraya Kuching. Sokongan ini menunjukkan perasaan cinta masyarakat terhadap BK yang menjadi identiti dan jati diri rakyat Malaysia.