Konsep 'Perjalanan' dalam Bahasa Kiasan Kaum Iban
Metafora dirujuk sebagai makna kiasan atau makna yang abstrak, dan sumber penciptannya berhubung rapat dengan segala kejadian dan peristiwa alam. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan metafora dalam bahasa kiasan kaum Iban, khususnya yang berkait dengan konsep ‘perjalanan’. Menerusi kajian ini, ma...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Proceeding |
| Language: | en |
| Published: |
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/36428/1/perjalanan.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/36428/ http://www.conference.unimas.my/2021/icls2021/index.php/programme/icls2021-proceedings |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Metafora dirujuk sebagai makna kiasan atau makna yang abstrak, dan sumber penciptannya berhubung rapat dengan segala kejadian dan peristiwa alam. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan metafora dalam bahasa kiasan kaum Iban, khususnya yang berkait dengan konsep ‘perjalanan’. Menerusi kajian ini, makna dan tujuan penggunaannya berlandaskan pemikiran dan kepercayaan kaum Iban turut dijelaskan. Kaedah lapangan digunakan untuk mendapatkan data, iaitu melalui temu bual bersama informan di Kampung Jeragam, Sebuyau Sarawak. Informan kajian terdiri daripada 10 orang penutur Iban lelaki dan wanita, berusia 40 tahun ke atas. Data kajian dihuraikan berdasarkan pendekatan semantik kognitif, melibatkan kerangka metafora konseptual dalam Idealize Cognitive Model (ICMs), seperti diutarakan oleh Lakoff dan Johnson (1980). Analisis data dari sudut ini berupaya menunjukkan pemikiran kaum Iban dalam penciptaan bahasa kiasan adalah secara sistematik dan berlandaskan pengetahuan serta pengalaman seharian mereka, dan bukan secara sewenang-wenangnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metafora dalam beberapa ungkapan, antaranya makai garam (makan garam), alah nyawa (kalah nyawa), mutuih seput (nafas terakhir), perau’ (perahu), dan nganjung niang (hantar mendiang) dapat menggambarkan konsep ‘perjalanan’ bagi kaum Iban, merangkumi alam kehidupan, kematian dan alam selepas kematian. Kajian ini signifikan dijalankan sebagai satu sumbangan terhadap warisan kebahasaan dan budaya Iban, di samping menunjukkan ketinggian pemikiran kaum Iban menerusi bahasa kiasan yang diturunkan daripada leluhur mereka.
Kata kunci: metafora, perjalanan, Iban, kiasan, budaya |
|---|
