Pengaplikasian Kerangka Semantik Inkuisitif Melalui Slanga
Slanga merupakan bahasa tidak formal yang telah digunakan dalam sesuatu kelompok komunitinya tersendiri malahan dapat menonjolkan identiti sesuatu kelompok masyarakat yang membawanya sebagai contohnya dalam kalangan remaja. Melalui ujaran slanga ini terdapatnya keimplisitan ujaran yang telah dikesan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
MALTESAS
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/28808/3/Pengaplikasian%20Kerangka%20Semantik%20Inkuisitif%20Melalui%20slanga%20%28abstract%29.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/28808/ https://maltesas.my/msys/explore/detailsg.php?det=48 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Slanga merupakan bahasa tidak formal yang telah digunakan dalam sesuatu kelompok komunitinya tersendiri malahan dapat menonjolkan identiti sesuatu kelompok masyarakat yang membawanya sebagai contohnya dalam kalangan remaja. Melalui ujaran slanga ini terdapatnya keimplisitan ujaran yang telah dikesan oleh pengkaji yang mampu dianalisis menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hal ini demikian kerana penganalisisan semantik inkuisitif sebelum ini hanyalah melibatkan data-data peribahasa - lihat kajian [6-9], [18-20], [23-24], [26] dan [30]. Oleh itu, kajian ini cuba membuktikan bahawa dengan menggunakan slanga juga mampu dicungkil maknanya dengan menggabungkan data, teori, kognitif dan akal budi atau intelektual Melayu seperti mana kajian-kajian SI telah dijalankan sebelum ini. Sejumlah tiga data telah diperoleh daripada perbualan tidak formal masyarakat Melayu di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia dan Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia yang mengandungi slanga berimplisit yang akan dianalisis oleh pengkaji melalui pendekatan SI. Seterusnya, Rangka Rujuk Silang (RRS) juga diaplikasikan bagi membantu pengkaji mendapatkan anteseden tambahan kepada pengkaji dalam memahami konteks sebenar ujaran tersebut sehingga ke akal budi penuturnya. |
|---|
