Ke Arah Keberkesanan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains : Peranan Guru Sebagai Penguasa Pengetahuan
Kajian ini mengetengahkan kesedaran berkaitan kompetensi pengetahuan guru untuk menggunakan teknologi secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Perkembangan teknologi mampu membawa perubahan yang ketara tentang cara Sains diajar dan dipelajari. Teknologi menawarkan peluang dal...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Proceeding |
| Language: | en |
| Published: |
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/22913/1/Ke%20Arah%20Keberkesanan.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/22913/ http://bit.ly/kk2ts25 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini mengetengahkan kesedaran berkaitan kompetensi pengetahuan guru untuk menggunakan teknologi secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.
Perkembangan teknologi mampu membawa perubahan yang ketara tentang cara Sains diajar dan dipelajari. Teknologi menawarkan peluang dalam meneroka fenomena semula jadi yang mungkin sukar atau mustahil untuk dilihat di samping membolehkan pelajar melaksanakan
eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan berbahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
Walau bagaimanapun guru perlu memiliki pengetahuan tentang apa, di mana dan bagaimana
pengajaran Sains dengan mengaplikasikan teknologi. Model Technological Pedagogical Content
Knowledge-TPACK (Mishra & Koehler, 2006) diguna pakai dalam kajian ini untuk
mengartikulasikan keupayaan guru menghubungkan pengetahuan berkaitan teknologi, pedagogi
dan kandungan subjek. Model TPACK menyediakan mekanisme yang jelas untuk mengkaji dan
memahami aspek kognitif guru dalam mengenal pasti ciri-ciri keupayaan teknologi bagi
membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran. Sehubungan itu, pembangunan
profesionalisme guru yang melibatkan Latihan Dalam Perkhidmatan bukan sahaja perlu
menekankan aspek penguasaan kemahiran teknologi pendidikan semata-mata malah juga
kompetensi guru untuk menghubungkaitkan teknologi dengan strategi pengajaran dan kandungan
pelajaran. |
|---|
