efikasi diri guru dalam menangani kanak-kanak agresif di pra-sekolah : satu kajian kes di negeri Kedah Darul Aman

Dewasa kini sikap agresif pelajar bukan sahaja terjadi di peringkat sekolah rendah dan menengah, malah berlaku juga di peringkat pra-sekolah. Suka atau tidak, sebagai seorang pendidik di pra-sekolah, perkara ini merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Zaharah, Ahmad, Lee, Jun Choi, Sawan, @ Mohammad Syawal Narawi
Format: Article
Language:en
Published: Zes Rokman Resources 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/20141/1/Jesoc%20Issue%202%20Vol%209%202018%20Siti%20%28abstrak%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/20141/
http://jesoc.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa kini sikap agresif pelajar bukan sahaja terjadi di peringkat sekolah rendah dan menengah, malah berlaku juga di peringkat pra-sekolah. Suka atau tidak, sebagai seorang pendidik di pra-sekolah, perkara ini merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru pra-sekolah untuk menangani kes-kes kanak-kanak yang berkelakuan agresif.. Sehingga kini belum lagi terdapat sebarang kajian yang melihat apakah sebenarnya tahap efikasi diri guru pra-sekolah serta sumber-sumber yang mempengaruhinya dalam menghadapi kanak-kanak agresif. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah tahap efikasi diri guru dalam menangani kanak-kanak yang agresif dan menentukan sumber efikasi diri yang manakah yang merupakan peramal yang konsisten bagi setiap subskil efikasi diri (tingkah laku, kognitif, emosi) guru dalam menangani anak-anak yang agresif di pra-sekolah. Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan, seramai 251 guru pra-sekolah terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap efikasi diri guru (Tingkahlaku, Kognitif, dan Emosi) dalam menangani kanak-kanak agresif adalah di tahap sederhana. Berdasarkan dapatan kajian ini, Pujukan Lisan dan Ransangan Fisiologi merupakan peramal yang signifikan terhadap efikasi diri kognitif dan efikasi diri emosi dalam menangani kanak-kanak agresif dalam pra-sekolah. Adalah disarankan agar segala bentuk program pembangunan diri guru berkaitan dengan perkara ini perlu lebih fokus pada strategi kognitif dan metakognitif