Penggunaan ikan patin dan rumpai laut (Kappaphycus alvarezii) dalam penghasilan keropok ikan
Keropok ikan adalah sejenis snek yang amat popular di Negara Malaysia dan Negara Asia. Keropok ikan juga adalah salah satu snek yang diperbuat daripada tepung kanji, ikan dan air. Walaubagaimanapun pembuatan keropok ikan di Indonesia dan Malaysia menjadi popular dengan menambahkan bahan yang lain se...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | en en |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/46533/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/46533/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/46533/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Keropok ikan adalah sejenis snek yang amat popular di Negara Malaysia dan Negara Asia. Keropok ikan juga adalah salah satu snek yang diperbuat daripada tepung kanji, ikan dan air. Walaubagaimanapun pembuatan keropok ikan di Indonesia dan Malaysia menjadi popular dengan menambahkan bahan yang lain seperti garam, bawang putih, monosodium glutamate (bahan perisa) dan sedikit gula. Penyelidikan ini mengkaji sama ada Ikan Patin dan Rumpai Laut ( Kappaphycus Alvarezil) mempunyai rasa yang diterima oleh pengguna apabila dijadikan keropok ikan. Terdapat enam formulasi yang dihasilkan sepanjang menyelidikan ini. Keputusan ujian penilaian sensori hedonik skala 7 menunjukkan F4 adalah formulasi terbaik daripada formulasi yang lain. Analisis proksimat menunjukkan keropok ikan Patin dan Rumpai Laut (Kappaphycus Alvarezil) yang tel ah digoreng mempunyai sebanyak 40.74% Karbohidrat, 22.63% Protein, 20. 78% Lemak, 13.99% Abu, 1.23% Air, dan 0.62% Gentian Kasar. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa semakin meningkat pengembangan linear semakin meninkat penyerapan minyak. F4 menunjukkan adalah formulasi yang mempunyai pengembangan linear yang tinggi. Selain itu, daripada ujian perbandingan berganda menunjukkan bahawa tahap penerimaan ahli panel terhadap sampel yang telah disimpan selama 8 minggu mempunyai min skor yang rendah. Kajian ini menunjukkan bahawa keropok ikan patin tidak mendapat penerimaan majoriti daripada penduduk Kata Kinabalu melalui penilaian sensori ujian pengguna. Penghasilan keropok Ikan Patin dan Rumpai Laut Kappaphycus Alvarezii akan mempertingkatkan lagi jenis keropok di Malaysia dan dipasarkan sama ada luar ataupun dalam Malaysia. |
|---|
