Motivasi guru melaksanakan model tasmik dalam program Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) di Daerah Tambunan dan Keningau Sabah
Kajian ini bertujuan menghuraikan tentang aspek motivasi dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan j-QAF dalam melaksanakan pengajaran Model Tasmik dalam Program j-QAF. Lokasi kajian ini dilakukan di dua buah daerah bahagian Pedalaman Sabah iaitu Tambunan dan Keningau. Seramai 105 orang guru dipilih...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | en en |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/46095/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/46095/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/46095/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan menghuraikan tentang aspek motivasi dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan j-QAF dalam melaksanakan pengajaran Model Tasmik dalam Program j-QAF. Lokasi kajian ini dilakukan di dua buah daerah bahagian Pedalaman Sabah iaitu Tambunan dan Keningau. Seramai 105 orang guru dipilih daripada sekolah sekolah yang sedang melaksanakan Program j-QAF pada tahun 2010. Data bagi kajian tinjauan ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi dari instrumen Inventori Motivasi Intrinsik (IMI) yang dibina oleh Deci dan Ryan (1985). Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis Ujian-t dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi guru secara keseluruhan berada pada tahap tinggi (min=3.94, sisihan piawai= .26). Daripada lima dimensi motivasi yang dipilih, hanya dimensi tekanan/ketegangan yang berada pada tahap sederhana berbanding empat dimensi yang lain berada pada tahap tinggi. Min motivasi bagi tiga kumpulan guru yang dipilih iaitu jantina, kategori guru dan pengalaman mengajar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Oleh itu, guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di daerah Tambunan dan Keningau masing-masing menunjukkan motivasi yang tinggi dalam melaksanakan Model Tasmik dalam Program j-QAF. |
|---|
