Keberkesanan KSSR di sekolah luar bandar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan KSSR di sekolah luar bandar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sekolah Kebangsaan Tambatuan, Kata Belud merupakan populasi kajian manakala murid Tahun 1 dan Tahun 2 dijadikan sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengetah...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | en en |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45982/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45982/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45982/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan KSSR di sekolah luar bandar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sekolah Kebangsaan Tambatuan, Kata Belud merupakan populasi kajian manakala murid Tahun 1 dan Tahun 2 dijadikan sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana kesediaan guru, kesediaan murid, nisbah guru kepada murid, dan peruntukan masa dalam KSSR di sekolah luar bandar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pendekatan kuafitatif digunakan dengan menggunakan pemerhatian, temu bual dan dokumen bertulis sebagai instrumen. Analisis Kandungan Kualitatif (qualitative content analysis method) digunakan dengan mengambil kira lapan langkah penting yang terkandung dalam proses analisis kandungan kualitatif yang dicadangkan oleh Zhang dan Wildermuth (2009) melalui pengumpulan dan penganalisaan data. Lapan langkah tersebut termasuklah i) persediaan data, ii) mentakrifkan unit analisis, iii) membina kategori dan skema pengekodan, iv) menguji skema pengekodan melalui teks sampel, v) pengekodan teks, vi) menilai ketekalan pengekodan, vii) kesimpulan daripada data yang telah dikod, viii)laporan kaedah dan hasil kajian. Akhirnya, Analisis kandungan kualitatif akan dianalisis menggunakan analisis tema dengan pengekodan dan pengkategorian. Borang senarai semak tingkah laku murid, dan Rekod kehadiran murid selain daripada temubual antara instrumen yang digunakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan itu dicapai. Hasil kajian menunjukkan KSSR Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan Tambatuan berjaya dengan menekankan empat aspek yang digarisi oleh pengkaji, iaitu kesediaan guru, kesediaan murid, nisbah guru kepada murid dan juga peruntukan masa. Dengan melihat empat aspek tersebut, keberkesanan KSSR di SK Tambatuan adalah berada pada tahap yang tinggi dan memberangsangkan. Pada bahagian akhir kajian ini, dirumuskan cadangan-cadangan sebagai tatapan dan rujukan semua pihak bagi meningkatkan lagi kualiti KSSR di sekolah, terutamanya sekolah luar bandar. |
|---|
