Pengaruh komitmen dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang, Sabah

Kajian ini diadakan bagi mengenalpasti komitmen dan kepuasan kerja dalam kalangan guru yang mengajar di dua buah sekolah rendah di daerah Penampang. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti a) tahap komitmen guru rendah di daerah Penampang b) tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah di daerah P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ngui, Geok Kim
Format: Thesis
Language:en
en
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45932/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45932/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45932/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini diadakan bagi mengenalpasti komitmen dan kepuasan kerja dalam kalangan guru yang mengajar di dua buah sekolah rendah di daerah Penampang. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti a) tahap komitmen guru rendah di daerah Penampang b) tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah di daerah Penampang c) samada terdapat perbezaan dalam komitmen kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang berdasarkan faktor demografi seperti jantina, jenis sekolah dan pengalaman mengajar d) samada terdapat perbezaan dalam kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang berdasarkan faktor demografi seperti jantina, jenis sekolah dan pengalaman mengajar e) samada komitmen kerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang f) komitmen kerja mempunyai kesan yang positif terhadap kepuasan kerja guru. Seramai 88 orang guru dari dua buah sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Mereka adalah terdiri daripada guru-guru dari dua jenis sekolah iaitu guru-guru sekolah kebangsaan (SK) dan guru-guru sekolah jenis kebansaan SJK(C). Set soalan selidik mengandungi 2 item daripada Bahagian A untuk mendapatkan maklumat demografi responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar, 17 item daripada Sahagian B untuk menilai komitmen kerja dengan diubahsuai daripada Organization Commitmen Questionaires (OCQ) oleh Mowday dan 16 item daripada bahagian C untuk menilai kepuasan kerja dengan diubahasuai daripada Index Kepuasan Kerja (Job Satisfaction) oleh Brayfield dan Rothe dengan menggunakan skala empat Likert telah digunakan untuk mengukur maklum balas responden. Sebanyak lapan hipotesis khusus telah dibentuk bagi kajian ini. Analisis ini melibatkan penggunaan. statistik deskriptif dan statistik inferensi. Data-data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan, skor min, ujian-t, analisis Varian ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Penganalisisan data statistik menggunakan perisian SPSS 16.0 bagi menghasilkan pengiraan jawapan bagi menguji hipotesis-hipotesis ini. Hasil Kajian menunjukkan a) tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap komitmen kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang berdasarkan demografi jantina b) terdapat perbezaan yang signifikan terhadap komitmen kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang berdasarkan demografi jenis sekolah c) tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang berdasarkan tempoh pengalaman mengajar d) tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang berdasarkan demografi jantina e) terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang berdasarkan jenis sekolah f) tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang berdasarkan demografi tempoh pengalaman mengajar g) terdapat hubungan yang signifikan di antara komitmen kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Penampang h) Komitmen kerja mempunyai kesan yang positif terhadap kepuasan kerja guru. Berdasarkan dapatan ini, cadangan-cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan komitmen dan kepuasan kerja guru.