Cabaran dan strategi pemerkasaan pendokumentasian E-Gayad Mabalut Glosari di Beaufort, Sabah

Pendokumentasian bahasa merupakan langkah penting dalam memelihara warisan linguistik etnik, terutamanya bagi bahasa yang semakin terpinggir seperti bahasa Bisaya di Beaufort, Sabah. Bahasa bukan sahaja alat komunikasi, tetapi juga cerminan identiti, nilai, dan budaya sesuatu komuniti. Walaupun baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norcikeyonn Samuni, Suhailah Abdul Muin, Mohd Nor Azan Abdullah
Format: Article
Language:en
Published: International Journal Of Modern Education (IJMOE) 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45899/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45899/
https://doi.org/10.35631/IJMOE.727012
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendokumentasian bahasa merupakan langkah penting dalam memelihara warisan linguistik etnik, terutamanya bagi bahasa yang semakin terpinggir seperti bahasa Bisaya di Beaufort, Sabah. Bahasa bukan sahaja alat komunikasi, tetapi juga cerminan identiti, nilai, dan budaya sesuatu komuniti. Walaupun bahasa Bisaya masih digunakan dalam kalangan masyarakat setempat, cabaran seperti perubahan sosial, dominasi bahasa arus perdana, dan kemajuan teknologi memberi tekanan terhadap kesinambungannya, terutama dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, E-Gayad Mabalut Glosari diperkenalkan sebagai inisiatif pendokumentasian digital yang melibatkan penyertaan aktif komuniti Bisaya, bertujuan memudahkan penggunaan bahasa secara interaktif oleh generasi muda. Projek ini menumpukan bukan sahaja kepada pengumpulan kosa kata, tetapi juga pemerkasaan komuniti dalam mengenal pasti, mengesahkan, dan memperkayakan kandungan glosari berdasarkan konteks sebenar penggunaan. Kajian ini berbentuk kertas konsep yang mengkaji tiga tema utama: dokumentasi bahasa, penglibatan komuniti, dan aplikasi teknologi dalam pemeliharaan bahasa etnik. Artikel ini turut meneliti cabaran seperti kekurangan bahan bertulis, kesukaran mengekalkan ketepatan makna, dan keterbatasan akses teknologi di kawasan luar bandar. Di samping itu, strategi pemerkasaan seperti penggunaan platform digital mesra pengguna, sokongan institusi akademik, latihan komuniti, dan pemupukan kesedaran awam terhadap kepentingan bahasa ibunda dibincangkan sebagai cara mengatasi halangan tersebut. Secara keseluruhannya, E-Gayad Mabalut Glosari bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan bahasa Bisaya, malah berfungsi sebagai model strategik dalam pendigitalan dokumentasi bahasa berasaskan komuniti. Melalui pendekatan inklusif dan kolaboratif, projek ini menjadi simbol pemerkasaan identiti dan warisan budaya masyarakat Bisaya di Sabah.