Pendekatan pengajaran interaktif terhadap pelajar kursus falsafah dan isu semasa

Pengenalan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) di universiti awam merupakan satu langkah strategik ke arah melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki keupayaan pemikiran kritis, kesedaran sosial, dan nilai-nilai murni dalam pembinaan masyarakat yang harmoni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hatib Ismail, Siti Rohani Jasni
Format: Proceedings
Language:en
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45832/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45832/
https://drive.google.com/file/d/1478Rg0qodoO4GrSqLekqFEmgx4LqQJjo/view
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengenalan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) di universiti awam merupakan satu langkah strategik ke arah melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki keupayaan pemikiran kritis, kesedaran sosial, dan nilai-nilai murni dalam pembinaan masyarakat yang harmoni serta berdaya saing. Kursus ini merupakan kursus wajib universiti yang perlu diambil oleh semua pelajar prasiswazah sebagai salah satu syarat bergraduasi. Pengajaran kursus FIS lazimnya dilaksanakan dalam bentuk kuliah berskala besar yang melibatkan lebih daripada seratus pelajar dalam satu sesi, sekali gus menimbulkan cabaran kepada pensyarah untuk memastikan penglibatan aktif pelajar sepanjang sesi pengkuliahan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pendekatan pengajaran alternatif yang bersifat interaktif dan menarik melalui aktiviti permainan menggunakan platform digital Quizizz. Kajian ini melibatkan seramai 149 orang pelajar dan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik sebagai instrumen utama. Hasil analisis deskriptif menunjukkan peningkatan yang ketara dalam aspek motivasi, keyakinan, dan keterlibatan pelajar terhadap proses pembelajaran. Dapatan ini menyokong penggunaan strategi pengajaran interaktif sebagai pendekatan yang berkesan dalam kursus FIS. Kajian mencadangkan agar pendekatan ini diperluaskan pelaksanaannya bagi mempertingkat kualiti pengalaman pembelajaran dalam konteks pendidikan tinggi.