Transformasi pembelajaran melalui gamifikasi: Kajian keberkesanan terhadap motivasi dan pencapaian akademik pelajar CTU101
Kajian ini meneliti keberkesanan modul gamifikasi dalam meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti dalam subjek CTU101. Pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan tinggi telah mewujudkan keperluan untuk menilai semula kaedah pengajaran konvensional, terutamanya bagi kur...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
IICT UIS
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45781/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45781/ https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i3.228 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini meneliti keberkesanan modul gamifikasi dalam meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti dalam subjek CTU101. Pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan tinggi telah mewujudkan keperluan untuk menilai semula kaedah pengajaran konvensional, terutamanya bagi kursus berbentuk teori seperti Pengajian Islam. Berasaskan Teori Motivasi Kendiri (Deci & Ryan, 2000), pendekatan gamifikasi berpotensi merangsang penglibatan aktif pelajar melalui elemen autonomi, kecekapan dan keterhubungan sosial. Kajian ini melibatkan seramai 67 pelajar UiTM Sabah yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Data dikumpul menerusi soal selidik berskala Likert 5 mata bagi mengukur tahap motivasi, manakala pencapaian akademik dinilai berdasarkan markah peperiksaan pertengahan semester. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan modul berada pada tahap rendah (min = 1.59, sp = 0.77); namun begitu, kesemua pelajar (100%) berjaya lulus subjek CTU101. Analisis menunjukkan tiada hubungan signifikan antara penggunaan gamifikasi dan pencapaian akademik (p > 0.05). Keputusan ini mencadangkan perlunya integrasi elemen gamifikasi dengan strategi pembelajaran aktif seperti pembelajaran berasaskan masalah untuk memastikan peningkatan motivasi dapat diterjemahkan kepada pencapaian akademik yang berkekalan. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan metodologi pengajaran dalam pendidikan Islam digital, sekali gus membuka ruang untuk penyelidikan lanjutan mengenai keberkesanan jangka panjang gamifikasi dalam konteks pengajian tinggi. |
|---|
