Cabaran dan solusi pengajaran bahasa Arab bagi pelajar bukan muslim di Malaysia

Perkembangan landskap pendidikan di Malaysia telah menjadikan penguasaan bahasa Arab menjadi sebagai satu nilai tambah penting terutamanya dalam aspek komunikasi global. Bahasa Arab kini tidak lagi terhad kepada fungsi keagamaan semata-mata, sebaliknya diiktiraf sebagai bahasa ilmu, diplomasi dan bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Rohani Jasni, Mohd Hatib Ismail, Afifah Azmi, Ahmad Sunawari Long, Mohd Taqwudin Mohd Yazid
Format: Article
Language:en
Published: Global Academic Excellence 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45765/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45765/
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059051
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan landskap pendidikan di Malaysia telah menjadikan penguasaan bahasa Arab menjadi sebagai satu nilai tambah penting terutamanya dalam aspek komunikasi global. Bahasa Arab kini tidak lagi terhad kepada fungsi keagamaan semata-mata, sebaliknya diiktiraf sebagai bahasa ilmu, diplomasi dan budaya yang bernilai tinggi. Perubahan ini telah mendorong penglibatan pelajar daripada pelbagai latar belakang agama termasuk pelajar bukan Muslim untuk mempelajari bahasa Arab bagi pelbagai tujuan seperti akademik, kerjaya dan pemahaman silang budaya. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa Arab bagi pelajar bukan Muslim bukanlah suatu yang dianggap mudah terutamanya apabila mereka tidak mempunyai pengetahuan asas penulisan dan sebutan huruf Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pelajar bukan Muslim dalam pembelajaran bahasa Arab serta mencadangkan solusi yang berkesan bagi menangani isu tersebut. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang melibatkan analisis kandungan terhadap literatur berkaitan pendekatan pengajaran bahasa Arab kepada pelajar bukan Muslim. Hasil kajian mendapati bahawa kekurangan bahan bantu mengajar yang kontekstual dan mesra pengguna menjadi antara punca utama yang mendorong kepada kesukaran pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan Muslim. Kekangan ini menyumbang kepada penurunan motivasi pelajar dan memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri mereka untuk menggunakan bahasa Arab secara aktif. Solusi kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan bahan pembelajaran yang relevan dengan konteks kehidupan harian pelajar serta pendekatan komunikasi yang efektif dapat meningkatkan kefahaman pelajar untuk mempelajari bahasa Arab secara lebih bermakna. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan pendekatan pengajaran bahasa Arab yang lebih inklusif dan berkesan serta memperkukuh apresiasi terhadap perbezaan budaya dalam kalangan pelajar bukan Muslim.