Penggunaan aplikasi wordwall sebagai strategi pengajaran inovatif dalam penguasaan kosa kata Bahasa Arab

Pendidikan abad ke-21 menuntut penggunaan teknologi secara strategik dalam pengajaran bahasa bagi merangsang penglibatan pelajar dan memperkayakan pengalaman pembelajaran secara dinamik. Penggunaan teknologi ini bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, malah turut menggalakkan pela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Afifah Azmi, Ummi Syarah Ismail, Puteri Faida Alya Zainudin, Ijlal Saja, Siti Rohani Jasni
Format: Article
Language:en
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45743/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45743/
https://doi.org/10.35631/IJMOE.726042
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan abad ke-21 menuntut penggunaan teknologi secara strategik dalam pengajaran bahasa bagi merangsang penglibatan pelajar dan memperkayakan pengalaman pembelajaran secara dinamik. Penggunaan teknologi ini bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, malah turut menggalakkan pelajar untuk lebih aktif dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan aplikasi Wordwall dalam penguasaan kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan pelajar dengan fokus utama kepada aspek minat, motivasi dan pengetahuan pelajar. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Bahasa Arab kod TAC401 di UiTM cawangan Perlis. Kaedah pengumpulan data utama adalah melalui soal selidik yang mengandungi item-item yang berkaitan dengan minat, motivasi, dan penguasaan kosa kata pelajar selepas menggunakan Wordwall dalam PdP. Soal selidik ini menggunakan skala Likert 5 mata untuk menilai respons pelajar terhadap aktiviti pembelajaran tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Wordwall berjaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar kosa kata Bahasa Arab. Di samping itu, pelajar juga menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kosa kata mereka dengan kebanyakan mereka mengakui lebih mudah mengingati dan menggunakan perkataan dalam ayat selepas mengikuti aktiviti Wordwall. Kajian ini mencadangkan bahawa integrasi aplikasi Wordwall dalam pembelajaran Bahasa Arab dapat memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan, berkesan dan relevan bagi pelajar dalam konteks pendidikan digital.