Klasifikasi hukum berdasarkan Fic l Al-Amr dalam surah Al-Nisa’
Kajian ini membincangkan kata kerja perintah ‘Fic l Al-Amr’ dan terjemahnnya yang terdapat dalam surah al-Nisa’. Secara umum, perintah dalam surah al-Nisa’ ditandai oleh kata kerja perintah (Fic il Al-Amr) manakala terjemahannya pula hadir dua bentuk iaitu yang berpenanda dan yang tak berpenanda. Ob...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
UKM Press
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45735/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45735/ https://doi.org/10.17576/ebangi.2025.2203.38 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini membincangkan kata kerja perintah ‘Fic l Al-Amr’ dan terjemahnnya yang terdapat dalam surah al-Nisa’. Secara umum, perintah dalam surah al-Nisa’ ditandai oleh kata kerja perintah (Fic il Al-Amr) manakala terjemahannya pula hadir dua bentuk iaitu yang berpenanda dan yang tak berpenanda. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk terjemahan yang terdapat dalam surah al-Nisa’ dan mengkategorikan hukum berdasarkan bentuk-bentuk terjemahan tersebut. Huraian tentang bentuk terjemahan ‘Fic l Al-Amr’ adalah berdasarkan taksonomi Asmah Haji Omar dalam kerangka nahu sistemik. Data kajian ini terdiri daripada 82 ‘Fic l Al-Amr’ dalam surah al-Nisa’ yang dipilih untuk dianalisis. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan hasil kajian ini memaparkan bentuk perintah berpenanda seperti yang dicadangkan oleh Asmah Haji Omar iaitu partikel penegas -lah menjadi penanda dominan dalam terjemahan. Hasil kajian juga mendapati bahawa kata kerja perintah berpenanda mendominasi bentuk terjemahan fi‘il al�amr dalam Surah al-Nisā. Terdapat tiga bentuk terjemahan ‘Fic l Al-Amr iaitu i) kata kerja dasar +lah, ii) kata kerja berimbuhan +lah dan iii) kata bantu modalitas +lah. Perintah merupakan salah satu medium yang digunakan al-Qur’an dalam penentuan hukum. Berdasarkan bentuk-bentuk Fic l Al-Amr yang dianalisis, hukum dapat dikategorikan kepada lima jenis iaitu wajib, haram, harus, sunat dan makruh. Namun, dapatan kajian dalam surah al-Nisa’ menunjukkan hanya terdapat tiga hukum syariat berdasarkan kata kerja perintah yang terdapat, iaitu wajib, sunat dan harus. |
|---|
