Mekanisma dan analisis skim agihan zakat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengikut Maqasid syariah
Zakat merupakan mekanisme utama dalam memperkukuh keberdayaan ummah serta mengurangkan jurang kemiskinan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai dalam memenuhi keperluan asnaf berdasarkan maqasid syariah yang merangkumi pemeliharaan agama, nyawa, akal, ketu...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit USIM
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45721/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45721/ https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol30no2.677 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Zakat merupakan mekanisme utama dalam memperkukuh keberdayaan ummah serta mengurangkan jurang kemiskinan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai dalam memenuhi keperluan asnaf berdasarkan maqasid syariah yang merangkumi pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah menurut sarjana Islam dan menganalisis skim agihan zakat yang disediakan kepada asnaf yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdasarkan maqasid syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan temubual. Hasil kajian mendapati bahawa skim-skim agihan zakat yang disediakan di UKM memenuhi setiap aspek maqasid syariah. Namun, penilaian semula disarankan bagi memastikan skim-skim tersebut disusun mengikut keutamaan lima prinsip utama maqasid syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain bagi memenuhi tuntutan maqasid syariah yang ditekankan dalam ajaran Islam. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan bagi IPT di setiap negeri dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat secara lebih cekap, sistematik, dan berkesan. |
|---|
