Isu jenayah: Tinjauan dari perspektif masyarakat di Kota Belud

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu jenayah berdasarkan tinjauan masyarakat di Kota Belud, Sabah. Seramai 24 orang informan telah dipilih secara rawak yang juga merupakan masyarakat tempatan di kawasan Pekan Kota Belud ditemubual untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor-Ina Kanyo, Madzriani Binti Mohd Jony, Nurul Syahfiqqah Azzilah Binti Mapiasah, Nurul Aziati Azizuzita Binti M Azis, Rahim Ahmad
Format: Article
Language:en
Published: Academic Inspired Network 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45670/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45670/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu jenayah berdasarkan tinjauan masyarakat di Kota Belud, Sabah. Seramai 24 orang informan telah dipilih secara rawak yang juga merupakan masyarakat tempatan di kawasan Pekan Kota Belud ditemubual untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Terdapat tiga objektif yang dikaji iaitu mengenalpasti masalah jenayah yang sering berlaku di Kota Belud, mengkaji gambaran jenayah di daerah Kota Belud dan menganalisis keberkesanan kemudahan keselamatan yang disediakan di daerah Kota Belud. Metodologi yang digunakan adalah berfokuskan sepenuhnya terhadap kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun kadar jenayah secara keseluruhannya berada dalam keadaan terkawal, namun ianya tetap menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di Kota Belud. Tambahan lagi, penambahbaikan dari segi kemudahan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah perlu bagi meningkatkan keselamatan masyarakat dengan lebih berkesan. Oleh itu, dapatan kajian ini membolehkan pihak yang berwajib mengambil tindakan susulan dan pendekatan yang sewajarnya dalam usaha menangani isu jenayah dalam kalangan masyarakat khususnya di Kota Belud, Sabah.