Peranan model sintesis teologi Stephen b. Bevans dalam dialog antara agama: Suatu tinjauan awal

Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara model sintesis dalam konsep teologi kontekstual yang dikemukakan oleh Stephen B. Bevans dengan amalan dialog antara agama. Model sintesis yang diperkenalkan oleh Stephen B. Bevans menekankan kepentingan menyesuaikan elemen tradisi agama dengan kont...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Firdaus Hasmin, Syamsul Azizul Marinsah, Mohamad Shaukhi Mohd Radzi, Mohd Syahkiran Bahran, Mohd. Hishamuddin Amid
Format: Article
Language:en
Published: Asian Scholars Network 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45652/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45652/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara model sintesis dalam konsep teologi kontekstual yang dikemukakan oleh Stephen B. Bevans dengan amalan dialog antara agama. Model sintesis yang diperkenalkan oleh Stephen B. Bevans menekankan kepentingan menyesuaikan elemen tradisi agama dengan konteks semasa, di samping mencipta keselarasan antara ajaran agama dan keperluan budaya setempat. Dalam konteks dialog antara agama, model ini berperanan sebagai kerangka yang memungkinkan pertukaran pandangan secara harmoni, dengan memberi peluang kepada setiap agama untuk menjelaskan kepercayaan dan pandangan masing-masing terhadap isu yang timbul. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, termasuk karya Stephen B. Bevans yang memfokuskan pada model sintesis teologi kontekstual serta meneliti sesi dialog antara agama kontemporari yang dipilih berdasarkan relevansi dengan pendekatan ini. Kajian mendapati bahawa model sintesis Stephen B. Bevans membantu membina ruang perbincangan yang lebih inklusif, membolehkan agama-agama berinteraksi dalam suasana saling memahami dan menghormati. Kajian ini merupakan tinjauan awal tentang bagaimana model sintesis dapat diterapkan dalam memajukan dialog antara agama serta menawarkan perspektif teologi yang relevan dalam menghadapi cabaran pluralisme agama masa kini.