Persepsi guru terhadap kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Semporna
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Semporna. Kajian ini bertumpu di sembilan buah sekolah menengah di daerah Semporna, dan seramai 239 orang guru daripada sembilan buah sekolah menengah dengan mengambil 3...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | en en |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45635/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45635/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45635/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Semporna. Kajian ini bertumpu di sembilan buah sekolah menengah di daerah Semporna, dan seramai 239 orang guru daripada sembilan buah sekolah menengah dengan mengambil 35% sampel daripada setiap buah sekolah tersebut. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang telah diubah suai daripada Model Kepimpinan Pengajaran Hallinger dan Murphy (1985). Analisis kajian dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, min dan peratus dan juga secara statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan pengetua-pengetua bagi sembilan buah sekolah di daerah Semporna telah pun melakukan tugas mereka sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini didapati pengetua-pengetua bagi sembilan buah sekolah di daerah Sempoma telah pun melakukan tugas mereka sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Nilai keseluruhan min yang ditunjukkan bagi ketiga-tiga dimensi kepimpinan pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah 2.5214. keadaan ini telah melepasi daripada paras min 2.50 yang dianggap sederhana. Keputusan kajian juga menunjukkan adanya hubungan yang signifikan di antara peranan pengetua dalam aspek penakrifan matlamat sekolah dengan pemupukan iklim pengajaran dan pembelajaran, usaha-usaha yang mantap harus diteruskan bagi memastikan para pengetua tidak akan mengabaikan tanggungjawab utama mereka berbanding dengan kesibukan yang lain. |
|---|
