Tahap kebimbangan seketika dalam kalangan pemain bola sepak dan bola jaring di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu

Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kebimbangan seketika dalam kalangan pemain bola sepak dan bola jaring sekolah menengah berumur 13 hingga 18 tahun yang menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kota Kinabalu (MSSDKK). Seramai 138 orang atlet telah dipilih secara persampelan ra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Awang Jasrie Awang Matusin, Hasnol Noordin, Md. Safwan Samsir
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45572/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45572/
https://doi.org/10.37134/jsspj.vol14.1.9.2025
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kebimbangan seketika dalam kalangan pemain bola sepak dan bola jaring sekolah menengah berumur 13 hingga 18 tahun yang menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kota Kinabalu (MSSDKK). Seramai 138 orang atlet telah dipilih secara persampelan rawak berkelompok, terdiri daripada 70 orang pemain bola sepak dan 68 orang pemain bola jaring daripada lima buah sekolah yang terpilih. Instrumen Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) digunakan bagi mengukur tiga komponen kesediaan psikologi atlet, iaitu kebimbangan kognitif seketika, kebimbangan somatik seketika dan keyakinan diri, satu jam sebelum pertandingan bermula. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemain bola jaring mencatatkan tahap kebimbangan kognitif dan somatik yang lebih tinggi berbanding pemain bola sepak, manakala pemain bola sepak menunjukkan tahap keyakinan diri yang lebih tinggi secara signifikan. Ujian ANOVA Sehala mendapati tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan kumpulan umur. Namun, ujian-t bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi yang dikaji: kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri; berdasarkan jantina dan jenis sukan (p < 0.05). Secara umumnya, atlet perempuan (pemain bola jaring) mengalami kebimbangan yang lebih tinggi dan keyakinan diri yang lebih rendah berbanding atlet lelaki (pemain bola sepak). Hasil kajian ini menekankan kepentingan menangani cabaran psikologi dalam kalangan atlet muda, terutamanya atlet wanita. Latihan kemahiran psikologi seperti teknik relaksasi dan pembinaan keyakinan diri disarankan agar diterapkan dalam program latihan jurulatih bagi meningkatkan prestasi dan kesejahteraan atlet secara menyeluruh.