Tahap penerimaan pelajar terhadap aspek yang memberi kesan kepada pembudayaan penanaman bawing di Kota Belud, Sabah
Bawing merupakan sejenis tumbuhan renek yang popular dijadikan sebagai ulam dan campuran makanan dalam pelbagai resipi dan juga digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat di nusantara termasuklah di Malaysia. Kepelbagaian budaya masyarakat di Sabah yang juga berbeza kawasan geografi menge...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Secholian Publication PLT, Malaysia
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45532/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45532/ https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i8.2473 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Bawing merupakan sejenis tumbuhan renek yang popular
dijadikan sebagai ulam dan campuran makanan dalam
pelbagai resipi dan juga digunakan dalam perubatan
tradisional masyarakat di nusantara termasuklah di
Malaysia. Kepelbagaian budaya masyarakat di Sabah yang
juga berbeza kawasan geografi mengenali pokok ini dengan
pelbagai nama seperti bawing, kemangi, siwot, cemangi dan
lompodos. Pada hari ini, bawing semakin lama semakin
kurang dikenali oleh generasi muda malah mereka tidak
begitu berminat terhadap pokok istimewa ini. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 100
orang pelajar di Kota Belud untuk menguji penerimaan
mereka terhadap 17 item yang meliputi aspek peribadi,
ekonomi dan sosial yang mempengaruhi mereka terhadap
penanaman bawing. Hasil kajian mendapati wujud
penerimaan responden terhadap 16 item daripada 17 yang
diuji. 2 daripada 16 item tersebut menunjukkan tahap
penerimaan tinggi iaitu item tidak mempunyai modal atau
dana dan item ibu-bapa lebih menggalakkan mereka
memberi tumpuan dalam bidang akademik. Manakala
penerimaan terhadap 11 item meliputi kurang kemahiran
tentang penanaman, tidak berminat bercucuk tanam, tidak
mempunyai maklumat sumber kewangan, tidak tahu cara
mendapatkan dana, tanaman bawing tidak memberi
pulangan yang tinggi, tidak mempunyai tanah, generasi
muda tidak berminat terhadap pertanian, rakan-rakan tidak berminat bercucuk tanam, ibu-bapa tidak menggalakkan
menjadi petani, masyarakat tidak menjadikan bawing
sebagai budaya pemakanan harian serta guru atau sekolah
tidak menggalakkan aktiviti pertanian adalah pada tahap
sederhana. Sementara itu, 3 item lain menunjukkan tahap
penerimaan rendah iaitu belajar penanaman bawing tidak
mempunyai masa depan yang cerah, latar belakang keluarga
broken family dan terakhir tidak didedahkan dengan budaya
bercucuk tanam sejak kecil. |
|---|
