Kepimpinan Tun Sakaran dalam membentuk masyarakat madani di daerah Semporna: Satu analisis

Tun Sakaran Dandai adalah seorang negarawan dan tokoh politik terkemuka di Sabah yang dikenali kerana membawa nilai-nilai agama dalam kepimpinannya. Beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1439H pada tahun 2017 oleh Kerajaan Persekutuan. Kepimpinan Tun Sakaran dalam membentuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasrun Mohd Talib, Hafiz Hamzah, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:en
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45502/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45502/
https://doi.org/10.35631/IJLGC.937004
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tun Sakaran Dandai adalah seorang negarawan dan tokoh politik terkemuka di Sabah yang dikenali kerana membawa nilai-nilai agama dalam kepimpinannya. Beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1439H pada tahun 2017 oleh Kerajaan Persekutuan. Kepimpinan Tun Sakaran dalam membentuk masyarakat madani di daerah Semporna khususnya dalam kalangan masyarakat Bajau telah membawa perubahan besar dalam corak kehidupan dan pemikiran mereka. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan dan sumbangan Tun Sakaran dalam merubah masyarakat Bajau di Semporna melalui pendekatan kepimpinan yang berpandukan nilai-nilai agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual dan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tun Sakaran berjaya membangun masyarakat madani di Semporna melalui pendekatan kepimpinan yang integratif, dengan menekankan aspek keagamaan dan nilai-nilai murni. Kejayaan ini menunjukkan bahawa kepimpinan yang berpandukan agama dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat, bukan sahaja dari segi pemikiran tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa sumbangan Tun Sakaran menjadi inspirasi kepada pemimpin lain dalam usaha membentuk masyarakat yang berdaya saing dan berpandukan acuan agama.