Program penjanaan pendapatan wanita dan tahap kepuasan peserta

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan peserta terhadap pelaksanaan Program Penjanaan Pendapatan Wanita (PPKW) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan melalui soal selidik sebagai instrumen utama. Serama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaimah Ramli, Sarmila Md Sum, Suhana Saad, Patricia Joseph Kimong
Format: Article
Language:en
Published: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45470/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45470/
https://doi.org/10.47405/mjssh.v10i5.3413
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan peserta terhadap pelaksanaan Program Penjanaan Pendapatan Wanita (PPKW) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan melalui soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 261 orang peserta program terlibat sebagai responden kajian. Data dianalisis secara deskriptif dengan tumpuan kepada pengiraan min dan taburan skor bagi tujuh pernyataan berkaitan kepuasan peserta. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan peserta berada pada kategori tinggi, dengan skor purata kumulatif sebanyak 4.22 daripada 5.00. Dapatan ini mencerminkan bahawa pelaksanaan program PPKW telah memenuhi jangkaan dan keperluan peserta dari segi kandungan, penyampaian serta impak terhadap keupayaan ekonomi mereka. Implikasi kajian ini mencadangkan agar program seumpama ini diperluas, diperkukuh dengan pemantauan berterusan dan dilengkapi sokongan susulan bagi menjamin keberkesanan jangka panjang dalam memperkasa ekonomi wanita, khususnya dalam kalangan komuniti berpendapatan rendah.