Faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti: Satu sorotan literatur

Faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi telah dikenalpasti oleh pengkaji-pengkaji lepas. Hal ini kerana pengaplikasian amalan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi telah menjadi keperluan untuk memastikan perkhidmatan yang disampaikan menepati piawa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sean Seidie Kuyubin, Kee Y. Sabariah Binti Kee Mohd Yussof
Format: Article
Language:en
Published: Academic Inspired Network 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45444/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45444/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi telah dikenalpasti oleh pengkaji-pengkaji lepas. Hal ini kerana pengaplikasian amalan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi telah menjadi keperluan untuk memastikan perkhidmatan yang disampaikan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Keadaan ini juga mendorong organisasi untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan yang memberi kesan terhadap prestasi organisasi. Walau bagaimanapun, faktor yang mempengaruhi amalan tersebut masih memerlukan perhatian oleh pengkaji-pengkaji yang akan datang, berikutan dengan limitasi bahan rujukan pada masa kini. Oleh itu, tinjauan literatur yang sistematik dalam menganalisis bahan rujukan perlu dilakukan. Penekanan diberikan terhadap faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti. Ini juga disusuli dengan objektif kajian iaitu mengkaji secara deskriptif keseluruhan artikel, kertas kerja dan pelbagai bahan bacaan yang berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti. Data diperoleh melalui dua pangkalan data iaitu google scholar dan researchgate. Hasil kajian ini penting untulk memperkayakan bahan rujukan dalam bidang pengurusan khususnya dalam konteks faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan kualiti dalam sebuah organisasi.