Cabaran dan implementasi dakwah dalam program amali dakwah IPDAS 2024 di Beaufort, Sabah

Program Amali Dakwah merupakan satu platform pendidikan berasaskan lapangan yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) bertujuan untuk memberi pendedahan sebenar kepada mahasiswa dalam melaksanakan tugas dakwah secara praktikal di tengah-tengah masyarakat. Dalam merealisa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sitti Aisha Monib, Muhammad Amir Abdul Yasim, Muhammad Nur Taufiq Jamari, Mohd Hafizi Nurodin, Ahmad Azharuddin Abdul Sattar, Mohd Nasrun Mohd Talib, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:en
Published: International Journal Of Modern Education (IJMOE) 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45405/1/FULLTEXTR.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45405/
https://doi.org/10.35631/IJMOE.725059
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Amali Dakwah merupakan satu platform pendidikan berasaskan lapangan yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) bertujuan untuk memberi pendedahan sebenar kepada mahasiswa dalam melaksanakan tugas dakwah secara praktikal di tengah-tengah masyarakat. Dalam merealisasikan Program Amali ini, setiap mahasiswa perlu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ketika berhadapan dengan masyarakat. Mahasiswa juga perlu bijak mengatur strategi dakwah dalam program ini agar dakwah yang disampaikan dapat diterima dengan senang hati oleh masyarakat. Walaupun persiapan awal telah disediakan sebelum turun ke arena dakwah, namun sudah tentu terdapat cabaran dan kekangan yang akan dihadapi oleh mahasiswa dalam menjayakan Program Amali ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti cabaran serta strategi implementasi dakwah yang dihadapi oleh para peserta Program Amali Dakwah IPDAS 2024 yang dilaksanakan di daerah Beaufort, Sabah. Kaedah kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen pelaksanaan program. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara cabaran utama yang dihadapi termasuklah halangan komunikasi antara kaum, kekurangan sumber dan kemudahan, serta keperluan kefahaman terhadap konteks budaya setempat. Walau bagaimanapun, pendekatan dakwah bil hal, dakwah fardiyah, dakwah bil lisan dan penglibatan langsung dalam aktiviti kemasyarakatan telah berjaya meningkatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap mesej Islam. Semoga cabaran dan implementasi yang dihadapi oleh mahasiswa menerusi Program Amali Dakwah ini dapat dijadikan sebagai kayu ukur dan pedoman kepada para pendakwah pada masa akan datang.