Pendekatan dakwah dalam program amali dakwah IPDAS tahun 2022 - 2024 di Sabah
Program Amali Dakwah merupakan salah satu pendekatan praktikal yang dilaksanakan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dalam usaha memperkasa penyampaian dakwah secara lebih berkesan dalam kalangan mahasiswa. Program ini memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk turun ke lapa...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
International Journal Of Modern Education (IJMOE)
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45404/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45404/ https://doi.org/10.35631/IJMOE.725056 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Program Amali Dakwah merupakan salah satu pendekatan praktikal yang dilaksanakan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dalam usaha memperkasa penyampaian dakwah secara lebih berkesan dalam kalangan mahasiswa. Program ini memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk turun ke lapangan dan mengaplikasikan ilmu dakwah secara langsung kepada komuniti yang disasarkan. Kewujudan program amali seperti ini sebenarnya memberi pendedahan awal kepada mahasiswa khususnya dalam konteks dakwah bagi melestarikan dakwah islamiah sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW, bukan mengikut kemahuan pendakwah itu sendiri. Pelaksanaan program pada tahun 2022 hingga 2024 di beberapa daerah terpilih di Sabah mendedahkan pelbagai pendekatan dakwah yang digunakan seperti dakwah bil hal, dakwah fardiyah dan dakwah bil lisan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan dakwah yang diguna pakai serta keberkesanannya dalam menyampaikan mesej Islam secara berhemah dan berstrategi. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual separa struktur, pemerhatian lapangan dan analisis dokumen program. Dapatan menunjukkan bahawa pendekatan dakwah yang berteraskan hikmah, empati, serta kefahaman terhadap kearifan tempatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan program ini. Justeru, pendekatan dakwah dalam Program Amali Dakwah IPDAS dilihat sebagai platform yang berpotensi memperkukuh peranan institusi pengajian Islam dalam pembangunan komuniti dan penghayatan Islam dalam masyarakat setempat di Sabah. |
|---|
