Rentention dalam kalangan guru-guru sekolah rendah kebangsaan kurang murid daerah Sipitang
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara kecenderungan retention dengan faktor dalaman bilik darjah, faktor peringkat sekolah, faktor komuniti dan faktor keluarga/peribadi dalam kalangan guru-guru sekolah kurang murid (SKM) daerah Sipitang, Sabah. Keempat-empat...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | en en |
| Published: |
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45392/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45392/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45392/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara kecenderungan retention dengan faktor dalaman bilik darjah, faktor peringkat sekolah, faktor komuniti dan faktor keluarga/peribadi dalam kalangan guru-guru sekolah kurang murid (SKM) daerah Sipitang, Sabah. Keempat-empat variabel ini adalah berdasarkan kepada Model Retention Guru yang dikemukakan oleh Boylan et al. (1993) dan dinamakan sebagai Four Spheres of Influence. Tiga ciri demografi iaitu jantina, umur dan tempat asal juga dikaji. Seramai 46 orang guru dari 8 buah SKM terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 44 item dengan skala Likert empat mata. Kesahan item-item diuji melalui nilai Alpha Cronbach. Analisis korelasi yang dijalankan untuk melihat hubungan faktor dalaman bilik darjah, faktor peringkat sekolah, faktor komuniti dan faktor keluarga/peribadi dengan retention guru menunjukkan hubungan signifikan pada tahap sederhana. Hasil Ujian-t dan Analisis Varian Sehala (ANOVA) mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan kecenderungan retention yang signifikan antara guru berdasarkan ciri demografi jantina, umur dan tempat asal. Perbandingan di antara keempat-empat faktor yang tersebut di atas iiaitu faktor dalaman bilik darjah, faktor peringkat sekolah, faktor komuniti dan faktor keluarga/peribadi didapati faktor komuniti menunjukkan tahap signifikan yang paling tinggi (0.577) diikuti oleh faktor dalaman bilik darjah (0.537), faktor keluarga/peribadi (0.497) dan akhir sekali faktor peringkat sekolah (0.419). Dapatan ini menunjukkan bahawa persekitaran komuniti memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan retention guru. |
|---|
