Implementasi dakwah menerusi program dekat di hati ‘Anak Malaysia’ di kampung Mesilou Kundasang, Sabah: Satu analisis

Program Dekat Di Hati ‘Anak Malaysia’ merupakan salah satu program amali dakwah yang wajib diikuti oleh semua pelajar Semester 6 dalam jurusan Diploma Dakwah Islamiyyah di Institut Pengajian Dakwah dan Islam Sabah (IPDAS), Keningau, Sabah. Program ini juga merupakan satu bentuk implementasi dakwah y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamal Adli Ahmad Shukri, Ahmad Nur Amsyar Zainal, Mohd Shalahudin Ismail, Mohd Nasrun Mohd Talib, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:en
Published: International Journal Of Modern Education (IJMOE) 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45379/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45379/
https://doi.org/10.35631/IJMOE.725057
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Dekat Di Hati ‘Anak Malaysia’ merupakan salah satu program amali dakwah yang wajib diikuti oleh semua pelajar Semester 6 dalam jurusan Diploma Dakwah Islamiyyah di Institut Pengajian Dakwah dan Islam Sabah (IPDAS), Keningau, Sabah. Program ini juga merupakan satu bentuk implementasi dakwah yang perlu diaplikasikan oleh pelajar setelah mempelajari teorinya dalam sesi kuliah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam program amali dakwah, melihat cabaran yang dihadapi semasa menjalankan program amali dakwah serta cadangan penambahbaikan dalam program amali dakwah tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu menerusi kaedah turut serta, pemerhatian, kajian keperpustakaan dan temu bual. Hasil dapatan kajian ini menemui lima bentuk implementasi dakwah yang sesuai dilaksanakan di Kampung Mesilou, Kundasang iaitu menerusi Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Sembelihan, Program Jom Mengaji, Program Smart Seni Islamik dan Program Kem Bestari Solat (Siri I & Siri II). Manakala cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan dakwah pula termasuklah tahap penghayatan etika yang rendah, peralatan dan perkhidmatan program yang terhad, penetapan masa yang kurang sesuai, penduduk kampung di ambang kemodenanisasi dan kedudukan geografi kampung yang mencabar. Justeru, implementasi dakwah ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi pendakwah dalam meneruskan syiar Islam pada masa akan datang.