Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penghayatan akhlak remaja di sekolah luar bandar Sabah: Tinjauan dari perspektif pendidikan Islam
Penghayatan akhlak dalam kalangan remaja adalah aspek penting dalam pembentukan jati diri dan sahsiah yang mulia. Kajian ini memfokuskan kepada golongan remaja di sekolah luar bandar di negeri Sabah yang berdepan pelbagai cabaran dari aspek dalaman dan luaran. Pendekatan yang digunakan adalah berben...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Global Academic Excellence
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45339/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45339/ https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058024 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penghayatan akhlak dalam kalangan remaja adalah aspek penting dalam pembentukan jati diri dan sahsiah yang mulia. Kajian ini memfokuskan kepada golongan remaja di sekolah luar bandar di negeri Sabah yang berdepan pelbagai cabaran dari aspek dalaman dan luaran. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk kajian konseptual melalui analisis kepustakaan terhadap karya-karya ilmiah yang berkaitan dengan akhlak, pendidikan Islam dan perkembangan remaja. Kajian ini mengenal pasti bahawa faktor dalaman seperti keimanan, niat, kesedaran kendiri dan motivasi berperanan membentuk nilai-nilai murni dalam diri remaja. Sementara itu, faktor luaran seperti peranan keluarga, institusi pendidikan, rakan sebaya, komuniti dan media sosial turut memberi impak besar terhadap penghayatan akhlak mereka. Pendidikan Islam yang menekankan pembangunan insan secara menyeluruh dilihat sebagai jalan penyelesaian paling berkesan untuk membendung kemerosotan akhlak remaja. Justeru kerjasama antara keluarga, pihak sekolah dan komuniti amat diperlukan bagi mengukuhkan penghayatan akhlak dalam kalangan remaja. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memperbaiki kurikulum pendidikan Islam serta mengukuhkan pembangunan akhlak generasi muda masa kini. |
|---|
