Penyususan eksklusif: Asas pembentukan Kesihatan bayi dan kesejahteraan keluarga
Penyusuan susu ibu secara eksklusif merupakan satu bentuk penjagaan awal yang bukan sahaja menjamin pemakanan optimum kepada bayi, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan fizikal, imunologi dan perkembangan psikososial secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan meneliti kepenti...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Global Academic Excellence
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45324/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45324/ https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058056 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penyusuan susu ibu secara eksklusif merupakan satu bentuk penjagaan awal yang bukan sahaja menjamin pemakanan optimum kepada bayi, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan fizikal, imunologi dan perkembangan psikososial secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan meneliti kepentingan penyusuan eksklusif dari pelbagai dimensi, termasuk kandungan kolostrum, peranan ibu susuan, serta panduan syariah Islam yang memberi sokongan terhadap amalan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk sorotan literatur melalui analisis tematik terhadap sumber-sumber akademik, termasuk artikel jurnal, laporan organisasi kesihatan, kitab tafsir dan hadith. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kolostrum yang hanya terdapat dalam susu ibu berperanan sebagai pelindung awal semula jadi bayi dengan kandungan antibodi, immunoglobulin, vitamin larut lemak dan enzim-enzim penting. Selain itu, peranan ibu susuan yang diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW terbukti memberi manfaat kepada bayi apabila ibu kandung tidak dapat menyusukan, serta menunjukkan wujudnya sistem sokongan sosial yang menyeluruh dalam masyarakat. Islam juga tampil sebagai satu-satunya agama yang menggariskan peraturan khusus tentang penyusuan dalam al-Quran dan hadith, selari dengan saranan kesihatan global seperti WHO. Kajian ini menyimpulkan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif merupakan gabungan antara keperluan biologi, spiritual dan sosial yang memberi impak besar terhadap kesihatan bayi dan ketahanan institusi keluarga. Justeru, usaha bersepadu antara individu, keluarga dan negara perlu diperkukuh untuk menyokong amalan ini secara meluas. |
|---|
