Kepimpinan sekolah berprestasi tinggi: Kriteria dan pembentukan kepimpinan
Pemimpin berprestasi tinggi jelas dinyatakan sebagai satu hasrat dalam Anjakan 5 PPPM 2013 -2025 iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah yang merujuk kepada pengetua dan guru besar cemerlang. Pemimpin berprestasi tinggi diakui dapat memacu pencapaian murid ke ara...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45211/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45211/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pemimpin berprestasi tinggi jelas dinyatakan sebagai satu hasrat dalam Anjakan 5 PPPM 2013 -2025 iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah yang merujuk kepada pengetua dan guru besar cemerlang. Pemimpin berprestasi tinggi diakui dapat memacu pencapaian murid ke arah kecemerlangan disebabkan keupayaan mereka dalam memastikan peradaban dan suasana sekolah positif, hala tuju yang jelas, kolaborasi erat, berkomitmen tinggi, terdapat program peningkatan staf serta hubungan luar yang baik. Menyedari kepentingan pemimpin berprestasi tinggi dalam mewujudkan lebih banyak Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), maka kriteria, latihan kepimpinan dan proses perkembangan pemimpin dijadikan sorotan di samping menghuraikan jurang kajian berlandaskan perkembangan kepimpinan berprestasi tinggi. Kriteria pemimpin berprestasi tinggi merangkumi amalan pemimpin, faktor awal, serta hala tuju masa depan pemimpin. Seterusnya latihan kepimpinan seperti NPQEL berkait rapat dengan Kontinum Pembangunan Kepimpinan. Manakala perkembangan pemimpin adalah berdasarkan fasa kepimpinan sebelum bekerja, perkembangan kepimpinan semasa bekerja sebelum menjadi guru besar, perkembangan kepimpinan semasa menjadi guru besar, perkembangan kepimpinan semasa menjadi Guru Besar SKK, dan fasa masa depan. Perbincangan berkaitan aspek-aspek ini telah membawa penemuan jurang kajian tentang perkaraperkara dalam fasa-fasa perkembangan guru besar SKK seperti pada kerangka konseptual yang memberi impak mendalam terhadap pemimpin berprestasi tinggi. |
|---|
