Pengaruh strategi pembelajaran kognitif terhadap literasi bahasa asing
Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh strategi pembelajaran kognitif (SPK) terhadap tahap literasi bahasa asing dalam kalangan pelajar universiti di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Secara khususnya, kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu mengenal pasti sejau...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Proceedings |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45100/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45100/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh strategi pembelajaran kognitif (SPK) terhadap tahap literasi bahasa asing dalam kalangan pelajar universiti di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Secara khususnya, kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu mengenal pasti sejauh mana penggunaan strategi pembelajaran kognitif dalam kalangan pelajar bahasa Sepanyol, dan mengkaji pengaruh strategi tersebut terhadap literasi bahasa asing pelajar. Strategi pembelajaran kognitif merujuk kepada pendekatan yang digunakan oleh pelajar untuk memahami, mengingati dan menggunakan maklumat secara berkesan semasa proses pembelajaran bahasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan seramai 92 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai responden. Data dianalisis menggunakan ujian regresi linear mudah bagi mengenal pasti hubungan antara strategi pembelajaran kognitif dan tahap literasi bahasa asing. Hasil analisis menunjukkan bahawa hubungan antara strategi pembelajaran kognitif dan tahap literasi adalah sangat lemah dan tidak signifikan (R = 0.086, R² = 0.007, p = 0.349). Ini bermakna strategi pembelajaran kognitif hanya menjelaskan 0.7% varians dalam tahap literasi, dan bukanlah peramal yang signifikan terhadap pencapaian literasi bahasa asing pelajar. Dapatan ini mencadangkan bahawa terdapat faktor lain yang mungkin lebih dominan mempengaruhi literasi bahasa asing pelajar. Oleh itu, kajian lanjutan disarankan agar mempertimbangkan peranan strategi pembelajaran lain seperti strategi metakognitif dan afektif, serta faktor motivasi dan persekitaran pembelajaran. |
|---|
