Tumbuhan herba tradisional etnik Sama-Bajau: Etnobotani dan kearifan tempatan
Seperti di bahagian lain dunia, sejak berzaman lamanya kebanyakan kumpulan etnik peribumi menggunakan rawatan penyembuhan tradisional sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan tempatan. Sebelum hadirnya perubatan moden, rawatan pengubatan tradisional sememangnya tidak dapat dipisahkan d...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45097/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45097/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Seperti di bahagian lain dunia, sejak berzaman lamanya kebanyakan kumpulan etnik peribumi menggunakan rawatan penyembuhan tradisional sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan tempatan. Sebelum hadirnya perubatan moden, rawatan pengubatan tradisional sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada herba yang hidup dan tumbuh di sekitaran pendukungnya. Hal sedemikian tidaklah menghairankan kerana masyarakat ini hidup berbasiskan alam yang mana sedia diketahui bahawa sebelum ubatan moden diguna pakai maka, tumbuhan herba berperanan penting sebagai bahan penyelamat yang berupaya meredakan kesakitan seseorang. Falsafahnya, perawat tradisional tidak mampu menerangkan cara terapi rawatan berfungsi namun, kesan ramuan herba terhadap penyakit itulah yang dipentingkan. Menggunakan format kajian deskriptif, kertas ini meninjau ramuan herba yang diguna oleh para perawat perubatan tradisional Sama-Bajau dari daerah Kota Belud dan Tenghilan, Sabah. Dengan berbantukan empat perawat tradisi maka, temu bual tidak berstruktur dengan kesemua perawat berkenaan telah dilakukan. Mereka telah menjelaskan beberapa jenis tumbuhan herba untuk diguna semasa merawat penyakit-penyakit tertentu. Sebanyak 36 tumbuhan herba telah dikenal pasti mempunyai potensi dan keberkesanan sebagai ubat. Seyogia, terdapat keperluan mendesak untuk merekodkan segala pengetahun dan kemahiran yang dimiliki oleh para perawat perubatan tradisional yang umumnya terdiri daripada golongan tua, terutama mereka yang tinggal di kawasan terpencil dan kawasan yang sukar dicapai. Penyelidikan saintifik sepatutnya dijalankan segera untuk membantu para perawat tradisional merakam dan mendokumentasikan pengetahuan serta kepintaran tradisi berkenaan sebelum kesemua pengetahuan itu mengalami kepupusan. |
|---|
