Naratif politik pembangunan di Sabah, Malaysia: Antara harapan dan realiti
Sabah merupakan salah satu wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia. Wilayah ini terletak di bahagian utara pulau Borneo dengan keluasan kawasan sekitar 72,500 kilometer persegi, dan bersempadan dengan Sarawak, serta terpisah dari semenanjung Malaysia (dahulunya dipanggil Tanah Melayu). Sejak men...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Global Academic Excellence
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45037/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45037/ https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040036 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Sabah merupakan salah satu wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia. Wilayah ini terletak di bahagian utara pulau Borneo dengan keluasan kawasan sekitar 72,500 kilometer persegi, dan bersempadan dengan Sarawak, serta terpisah dari semenanjung Malaysia (dahulunya dipanggil Tanah Melayu). Sejak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, kegiatan politik di wilayah ini telah dicorakkan oleh pelbagai naratif politik. Antara naratif politik yang berterusan digunakan oleh para aktor politik ialah politik pembangunan. Penggunaan naratif politik pembangunan terbukti berjaya mendapat sambutan rakyat Sabah apabila parti politik yang menggunakan naratif ini berjaya menguasai arena politik wilayah Sabah. Persoalannya ialah apakah sebenarnya harapan rakyat dan realiti pelaksanan naratif tersebut di wilayah ini. Sehubungan itu, kajian yang menggunakan kaedah campuran (mixed-method) ini dijalankan bagi tujuan mendedahkan apakah sebenarnya harapan rakyat terhadap naratif politik yang acap kali digunakan oleh aktor-aktor politik bagi menarik sokongan pengundi di Sabah, Malaysia serta realiti pelaksanaan naratif tersebut sejak tahun 1963. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa rakyat di Sabah sejak sekian lama telah meletakkan harapan tinggi supaya naratif politik pembangunan mampu meningkatkan status wilayah ini daripada wilayah mundur kepada wilayah yang maju dalam kerangka persekutuan Malaysia. Namun hakikatnya didapati bahawa naratif politik pembangunan masih tidak berjaya merealisasikan harapan mereka. Pelbagai faktor didapati telah menyumbang kepada kegagalan merealisasikan harapan tersebut. Sehubungan itu, beberapa cadangan dikemukakan untuk memastikan faktor penghalang kepada usaha merealisasikan harapan tersebut dapat ditangani. |
|---|
