Evaluasi tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar UMSKAL berkaitan kursus integriti dan antirasuah: Implikasi terhadap kurikulum pendidikan tinggi

Pengenalan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif proaktif dalam mereformasi kurikulum ke arah melahirkan graduan beretika dan berintegriti. Kajian ini menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norcikeyonn Samuni, Suhailah Abdul Muin, Nor-Ina Kanyo
Format: Article
Language:en
Published: Faculty of Education, Universiti Malaya 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45033/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45033/
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v9i1.288
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengenalan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif proaktif dalam mereformasi kurikulum ke arah melahirkan graduan beretika dan berintegriti. Kajian ini menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap KIAR serta implikasinya terhadap pengukuhan nilai dalam kurikulum pendidikan tinggi. Peningkatan kes rasuah, termasuk penglibatan golongan muda, mengukuhkan keperluan pendidikan nilai yang lebih menyeluruh di IPT. Bagi tujuan ini, kajian awal telah dilaksanakan melibatkan 66 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang telah mengikuti kursus KIAR. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik atas talian menggunakan platform Microsoft 365 Office, dan dianalisis menerusi teknik frekuensi dan skala Likert. Tiga objektif utama kajian ialah menilai tahap pengetahuan pelajar tentang KIAR, menganalisis pengaruhnya terhadap pengamalan nilai integriti, serta mengenal pasti implikasi terhadap penambahbaikan kurikulum. Dapatan menunjukkan bahawa kursus ini berupaya meningkatkan pengetahuan asas pelajar berkaitan integriti dan antirasuah. Walau bagaimanapun, pelajar masih menunjukkan tahap pemahaman yang terhad terhadap konsep-konsep tertentu, khususnya dalam membezakan antara rasuah dan pemberian hadiah. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan kurikulum yang lebih holistik dan relevan dalam usaha memperkukuh nilai integriti dalam kalangan warga IPT.