Hubungan penghargaan kendiri dengan tingkah laku buli di sekolah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara penghargaan kendiri dengan tingkah laku di sekolah menengah bandar dan luar bandar di Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan di antara pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar dari segi penghargaan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | en en |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44953/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44953/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44953/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara penghargaan kendiri dengan tingkah laku di sekolah menengah bandar dan luar bandar di Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan di antara pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar dari segi penghargaan kendiri dan tingkah laku buli. Di samping itu, kajian ini turut mengkaji sama ada terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi penghargaan kendiri (self esteem) dan tingkah laku buli. Seramai 300 orang responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Sahagian A mengukur penghargaan kendiri dan Bahagian B mengukur tingkah laku buli oleh Noran (1995). Hipotesis diuji dengan menggunakan analisis korelasi Pearson untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara penghargaan kendiri dengan tingkah laku buli. Manakala, ujian-t digunakan untuk mengukur perbezaan di antara pelajar lelaki dengan perempuan dan sekolah bandar dengan luar bandar dari segi penghargaan kendiri (self esteem) dan tingkah laku buli. Waiau bagaimanapun, ujian kenormalan menunjukkan penghargaan kendiri (self-esteem) mempunyai tahap kenormalan yang normal manakala bagi tingkah laku buli menunjukkan tidak normal. Oleh sebab itu, ujian non-parametrik telah dijalankan dan menunjukkan bukannya analisis korelasi Pearson tetapi analisis korelasi Spearman. Begitu juga dengan Ujian-t digantikan dengan ujian Mann-Whitney U. |
|---|
