Pewajaran ratu serimpak sebagai simbol budaya dan tradisi etnik Sama-Bajau
Pertandingan Ratu Serimpak merupakan aktiviti kebudayaan etnik Sama-Bajau dalam usaha untuk mengangkat dan melestarikan warisan budaya ini agar terus diingati oleh masyarakat khususnya etnik Sama-Bajau. Serimpak merupakan hiasan kepala yang dipakai bersama dengan Badu Sipak (busana tradisi) oleh wan...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Jurnal Sains Insani
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44666/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44666/ https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol10no1.764 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pertandingan Ratu Serimpak merupakan aktiviti kebudayaan etnik Sama-Bajau dalam usaha untuk mengangkat dan melestarikan warisan budaya ini agar terus diingati oleh masyarakat khususnya etnik Sama-Bajau. Serimpak merupakan hiasan kepala yang dipakai bersama dengan Badu Sipak (busana tradisi) oleh wanita etnik Sama-Bajau ketika majlis perkahwinan mahupun majlis keramaian. Busana tradisi ini menjadi simbol budaya dan tradisi etnik yang memperlihatkan keunikan dari segi reka bentuk dan warna yang terdapat dalam pakaian etnik ini. Kajian ini meneliti pewajaran Ratu Serimpak sebagai simbol budaya dan jati diri etnik Sama- Bajau di Sabah yang dipertandingkan di negeri Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan etnografi melalui tinjauan literatur, pemerhatian, dokumentasi visual dan temu bual bersama informan utama. Data visual yang dikumpulkan akan dianalisis melalui triangulasi untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan. Data visual yang diperoleh akan dipindahkan ke data analisis selepas selesai proses triangulasi dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan pertandingan Ratu Serimpak ini merupakan usaha penting untuk memartabatkan busana etnik Sama-Bajau di samping dapat memupuk kefahaman generasi muda etnik Sama-Bajau untuk mengenal lebih mendalam tentang warisan budaya etnik mereka. Penilaian terhadap peserta dalam pertandingan Ratu Serimpak merangkumi aspek pengetahuan dan peri laku budaya, kefasihan berbahasa ibunda, penilaian dalam penggayaan busana tradisi dan sesi soal jawab dapat dijadikan kayu ukur untuk menilai tahap kefahaman generasi muda etnik Sama-Bajau terhadap budaya dan bahasa mereka. Impak kepada kajian ini diharap dapat memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk melestarikan budaya dan etnik melalui pertandingan Ratu Serimpak ini. Penganjuran pertandingan ini mampu menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar Sabah untuk memahami warisan budaya di negeri Sabah. |
|---|
