Kepimpinan instruksional pengetua dan kualiti guru sekolah menengah TS25 di Sabah
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepemimpinan instruksional pengetua dengan kualiti guru sekolah menengah TS25 di Sabah. Kajian ini berbentuk bukan eksperimental dan menggunakan kaedah tinjauan. Teknik pensampelan yang digunakan adalah kaedah pensampelan rawak berperingka...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Global Academic Excellence
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44647/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44647/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepemimpinan instruksional pengetua dengan kualiti guru sekolah menengah TS25 di Sabah. Kajian ini berbentuk bukan eksperimental dan menggunakan kaedah tinjauan. Teknik pensampelan yang digunakan adalah kaedah pensampelan rawak berperingkat. Instrumen soal selidik kajian daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) dan adaptasi daripada beberapa kajian lepas untuk kualiti guru. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik ke atas 418 orang guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 27.0. Kajian ini mendapati bahawa min kepimpinan instruksional pengetua berada pada tahap yang tinggi, (min=4.12; sisihan piawai=0.35). Manakala, kualiti guru juga pada tahap yang tinggi (min=4.06; sisihan piawai=0.45). Hubungan kepimpinan instruksional pengetua dengan kualiti guru (r=.578, sig.(2-tailed)=0.000(p<0.05) menunjukkan hubungan yang sederhana kuat, dan nilai menunjukkan terdapatnya hubungan variabel kepimpinan instruksional pengetua dengan kualiti guru TS25 di Sabah. Implikasi kajian ini memberikan mesej kepada semua pihak yang berada dalam sistem pendidikan supaya sentiasa bersedia untuk berubah demi melestarikan hasrat PPPM 2013-2025. Usaha peningkatan kepimpinan instruksional harus diteruskan tanpa mengabaikan peningkatan kemahiran pengurusan dan komitmen guru. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat dijadikan bacaan semua pihak untuk menambah pengetahuan kepimpinan sekolah. |
|---|
