Kajian ikonografi kapal karam berdasarkan pendekatan panofsky (1939) sebagai penjelasan arkeologi dan sejarah

Tragedi kapal karam mewakili “antiepopeia dos descobrimentos” kepada pelayaran dan bencana maritim yang dominan. Peristiwa ini dinaratifkan dalam medium komunikasi yang pelbagai dan bersifat non-oral terawal adalah melalui imej visual yang dilakar atau diukir pada platfom semulajadi atau buatan. Ime...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Baszley Bee Basrah Bee
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit UMS 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44324/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44324/
https://doi.org/10.51200/jmat.v1i1.6428
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tragedi kapal karam mewakili “antiepopeia dos descobrimentos” kepada pelayaran dan bencana maritim yang dominan. Peristiwa ini dinaratifkan dalam medium komunikasi yang pelbagai dan bersifat non-oral terawal adalah melalui imej visual yang dilakar atau diukir pada platfom semulajadi atau buatan. Imej tersebut memberi perspektif yang termotif dan tersimbol. Bagi mengidentifikasi, menjelaskan, mengklasifikasi dan menginterpretasi imej tersebut, ikonografi adalah subjek dan metode yang digunakan. Ikonografi kapal karam dalam konteks arkeologi maritim adalah kajian ke atas warisan ketara iaitu objek sebagai medium bernaratif dan warisan tidak ketara tentang pengetahuan maritim masa lampau. Manakala dari perspektif sejarah maritim, ikonografi adalah dokumentasi bergambar yang mengandungi masej atau makna tentang penjelasan perihal tragedi kapal karam sebagai fragmen sejarah manusia dalam berinteraksi dengan laut. Justeru perbincangan yang akan diutarakan ini menyentuh imej visual dan penjelasannya dari perspektif ikonografi kapal karam dari pelbagai zaman kebudayaan sebagai peristiwa yang dialami oleh manusia dalam mencapai modenisasi melalui penjelasan arkeologi maritim dan sejarah maritim.