Pluralisme agama daripada pemikiran Muhammad Uthman Elmuhammady

Pluralisme yang membawa maksud kepelbagaian agama diterima secara baik, namun apabila perkataan ini digabungkan dengan agama dan membawa maksud menyamaratakan semua agama atau membawa kepada kecenderungan untuk menyatukan kebenaran agama, perkara tersebut menjadi kontroversi. Terdapat dua masalah ut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Earnie Elmie Hilmi, Kamarudin Salleh, Nur Farhana Ab Rahman
Format: Article
Language:en
Published: USIM PRESS 2025
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44322/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44322/
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol10no1.784
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pluralisme yang membawa maksud kepelbagaian agama diterima secara baik, namun apabila perkataan ini digabungkan dengan agama dan membawa maksud menyamaratakan semua agama atau membawa kepada kecenderungan untuk menyatukan kebenaran agama, perkara tersebut menjadi kontroversi. Terdapat dua masalah utama yang dilihat iaitu kekeliruan terhadap definisi pluralisme agama dan pelbagai pendekatan berbeza menghadapi pluralisme agama. Para sarjana berbeza pendapat mengenai konsep pluralisme agama dan pendekatannya termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady. Kajian ini mengkaji pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady tentang pluralisme agama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis sumber penulisan Muhammad Uthman El-Muhammady yang berkaitan dengan pluralisme agama, antaranya ialah risalah Pemikiran Mohammed Arkoun dalam konteks ahli sunnah wal jamaah: Satu pengamatan awal (2011), Falsafah agama John Hick: pengamatan dari perspektif ajaran ahli sunnah wal-Jamaah (2012) dan Al-Firqah al-Najiyah: Epistemologi aqidah golongan yang berjaya (2017). Hasil kajian menunjukkan Muhammad Uthman El-Muhammady mendefinisikan pluralisme dengan maksud ruang awam di mana para penganut agama bertemu dan berhubung serta mengadakan interaksi pelbagai untuk saling memahami antara satu sama lain, manakala pluralisme agama pula ialah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga.